Wednesday, September 18, 2013

Lee Kuan Yew Kata China Tak Boleh Perintah Malaysia

Mula-mula aku fikir The Star dalam laporannya pada Sabtu lepas yang memetik kenyataan bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew, tersilap fakta.

Tak logik kalau Kuan Yew buat kenyataan DAP perlu bekerjasama dengan kerajaan Melayu (UMNO), kerana komposisi kaum di negara ini hanya membolehkan DAP menguasai 45 kerusi parlimen di Malaysia sahaja.

Walaupun The Star memang sudah sah menjadi media komunikasi Pakatan Rakyat yang baik, tapi bimbang juga kalau ada satu dua hantu belaan BN yang masih berkhidmat dalam akhbar tersebut, memetik secara salah kenyataan Kuan Yew untuk membangkitkan persepsi buruk mengenai DAP.

Bagaimanapun, dari sumber yang menyakinkan dalam The Star, memang benar Kuan Yew ada buat kenyataan tersebut dan ada transkrip untuk membuktikannya.

Kebetulan atau apa, kenyataan Kuan Yew ini timbul tidak lama selepas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengeluarkan kenyataan mengajak rakyat menyokongnya untuk menubuhkan kerajaan Cina di Malaysia bagi membantah keputusan kerajaan memperkasakan ekonomi bumiputera.

Sama ada kedua-dua kenyataan tersebut ada kaitan atau tidak, aku kurang pasti.

Tapi yang nyata, DAP perlu berbuat sesuatu untuk memastikan tanggapan salah mengenai keupayaan cina menguasai kerajaan Malaysia tidak berterusan.


Aku tak fikir orang Cina tidak berkeupayaan menjadi kerajaan di Malaysia ini walaupun jumlah kita mungkin sedikit berbanding orang Melayu.  Dengan kuasa ekonomi yang dimonopoli kaum Cina sejak zaman berzaman, wang bukanlah satu masalah dan wang adalah antara 3 kelemahan Melayu.

Selain hasad dengki dan perempuan.

DAP bagaimanapun perlu mengambil serius kenyataan ini dan membuat kajian yang sepatutnya bagi memastikan perkara ini tidak berterusan, seterusnya membantutkan keunggulan DAP dalam arena politik negara kita.

Berdasarkan keputusan PRU13 yang lepas, jelas DAP mampu pergi jauh dan menguasai kerajaan Malaysia bukanlah satu idea yang mustahil.

Ia boleh dilakukan, yang penting jangan hilang keyakinan.


No comments: