Wednesday, September 18, 2013

Lim Guan Eng Negarawan Setaraf Lee Kuan Yew

Aku mendengar ada peningkatan dari segi cubaan untuk menyingkirkan Lim Guan Eng dalam pemilihan semula CEC hujung bulan ini.

Beberapa kelompok dalam DAP, terutamanya kelompok India dan 1 atau 2 kelompok Cina, telah membentuk fraksi-fraksi tertentu untuk memastikan Guan Eng kalah dalam pemilihan semula tersebut.

Dengan tempoh yang begitu singkat untuk pemilihan semula, tidak banyak yang boleh dilakukan Guan Eng untuk menghapuskan fraksi-fraksi tersebut, melainkan menyerahkan kepada kebijaksanaan perwakilan untuk membuat keputusan.

Justeru, kempen di media-media sosial perlulah diperhebatkan bagi memberi memberi penerangan yang betul mengenai Guan Eng kepada penyokong DAP dan dalam masa yang sama menangkis dakyah yang cuba disebarkan oleh fraksi-fraksi ini.

Ramai terlupa, jika tidak kerana jasa Guan Eng, DAP mungkin tidak berada dimana ia berada sekarang.

Pulau Pinang sebagai contoh, adalah negeri utama yang menjadi sasaran DAP sejak mula ditubuhkan pada 1965.  Tidak ada pemimpin DAP yang berjaya menawan negeri tersebut walaupun bapanya sendiri, Lim Kit Siang, melancarkan 3 projek Tanjung pada dekad 80-an dan 90-an untuk menawan Pulau Pinang.

Tapi diakhirnya, Guan Eng yang berjaya melakukannya apabila keputusan beliau untuk berpindah dari kawasan tradisinya di Parlimen Kota Melaka, ke Parlimen Bagan di Pulau Pinang, berjaya menawan negeri tersebut buat pertama kali dari BN pada 2008.

Semua ini dilakukan Guan Eng tanpa 'projek-projek' tertentu seperti yang pernah dilakukan bapanya.  Hanya bersandarkan kepada kekuatan dan karisma sendiri, Guan Eng berjaya menawan Pulau Pinang dan tidak setakat itu mengekalkan kemenangan tersebut untuk kali kedua berturut-turut dalam PRU13 yang lalu.

Kalau semua ini bukan petunjuk bahawa Guan Eng adalah seorang pemimpin yang cekap dan hebat, aku tak tahulah nak gelarkan dia apa lagi.

Semua ini menjadikan Guan Eng seorang negarawan unggul yang hebat dan disayangi oleh hampir keseluruhan orang Cina di Malaysia, sama seperti Lee Kuan Yew di Singapura!!!

Begitulah hebatnya Guan Eng, dan orang sehebat ini tidak datang selalu.

Jadi, dengan status tersebut adakah wajar DAP mengenepikan pemimpin yang hebat seperti ini begitu sahaja kerana termakan hasutan dan dakyah fraksi-fraksi India ini?

Tanpa Guan Eng, Pulau Pinang akan terlepas ke tangan BN pada bila-bila masa.  Hanya karisma dan kebijaksanaan Guan Eng sahajalah yang boleh mengekalkan kuasa DAP (dan Pakatan Rakyat) di negeri tersebut.

Cakap ini bukan kosong, tapi bersandarkan kepada keputusan PRU13 yang lepas dimana DAP menang dengan majoriti besar dihampir semua kawasan yang ditandinginya di Pulau Pinang dan beberapa tempat lain di seluruh negara.

Termasuk kemenangan 100% di Negeri Sembilan dan Selangor (selain Pulau Pinang sendiri).

No comments: