Friday, September 6, 2013

Tak Wajar Husam Berdamai Dengan Kickdafella

Buang masa betul aku ikut perkembangan kes saman Datuk Husam Musa ke atas blogger Kickdafella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz ni.   Akhirnya, kes saman bernilai besar (RM 10 juta), berakhir dengan permohonan maaf di akhbar dan blog Kickdafella sendiri.

Apa dapat minta maaf?

Paling kelakar, minta maaf di blog Kickdafella, macamlah tinggi sangat ranking blog tersebut.  Kalau tak silap aku, ikut ranking Alexa sekitar 12,000 - 13,000 saja.

Semua orang yang aku jumpa sangat tak setuju Husam nak berdamai dengan Kickdafella.  Kita ni letihlah membela dia semasa 'pendedahan' Kickdafella dalam blognya dulu menggegarkan karier politik Husam.

Tiba-tiba, selesai dengan minta maaf di akhbar yang tak berapa laris jualannya (Sinar Harian) dan blog yang tidak ada orang nak baca!!

Husam lupakah semasa kempen PRU13 yang lepas dimana Kickdafella antara yang paling kerap digunakan UMNO untuk membelasah Husam di parlimen Putrajaya, Husam dah lupa ke tu?

Sudahlah Julai lepas Husam diperintah membayar RM 40,000 kepada Kickdafella atas satu penyelesaian kes saman yang lain, sekarang ini saman selesai cukup dengan minta maaf.  

Maka itu tak sepatutnya Husam dilepaskan begitu saja.

Husam sepatutnya meneruskan saja saman ini, biar jadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak memfitnah sesiapa di blog.  Ini bukan masalah Husam seorang, tapi masalah hampir semua pemimpin Pakatan Rakyat yang sering kali jadi mangsa fitnah blogger UMNO.

Atau ada cerita lain yang kita tak tahu antara Husam dan Kickdafella ni?

Maklum sajalah, dulukan dua orang ini berkawan baik dengan Kickdafella dapat begitu banyak manfaat hasil hubungan baiknya dengan Husam yang pada waktu itu menjadi Exco negeri Kelantan.

Aku taknak menekalah apa sebenarnya yang tersirat dalam soal ini, kang tak pasal-pasal, aku pulak yang kena saman.  Cuma dari segi politiknya, aku tak nampak kenapa Husam perlu tarik balik saman ini, macam tak nak orang tahu cerita sebenar je.

Betul ke Husam?  Cuba jawab sikit.

No comments: