Thursday, October 3, 2013

Akta Pencegahan Jenayah Setaraf ISA (Atau Lebih Teruk?)

Pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah yang diluluskan parlimen malam tadi, menandakan kemunculan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang telah dihapuskan kerajaan tapi dalam bentuk versi baru yang jauh lebih bahaya dari versi yang sebelumnya.

Dalam pindaan semalam, antara lain polis diberi kuasa menahan suspek penjenayah tidak melebihi 2 tahun tanpa bicara - perkara sama yang pernah dipraktikkan dalam Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 dan ISA sendiri.

Maksud lain, pindaan yang diluluskan parlimen semalam adalah gabungan ISA dan Ordinan Darurat (EO) untuk menahan suspek penjenayah tanpa perbicaraan sebenar buat satu tempoh yang panjang - 24 bulan!!

Ini lagi teruk dari ISA sebab ISA hanya memberi kuasa kepada polis untuk menahan suspek yang boleh menimbulkan aktiviti subversif dan bahaya kepada keselamatan negara - terma yang relatifnya menghadkan tahanan kepada suspek pengganas.

Berbanding sekarang dimana cukup dengan sekadar jadi suspek penjenayah pun sudah boleh ditahan selama 2 tahun tanpa bicara. 

Apa ni?

Ya, rakyat memang bimbang dengan peningkatan kes-kes jenayah jalanan yang bertambah galak kebelakangan ini, tapi itu tidak bermaksud rakyat mahu polis sewenang-wenangnya menahan sesiapa juga yang disyaki sebagai suspek penjenayah.

Takkanlah pihak polis dah kering idea bagaimana nak mengatasi masalah peningkatan jenayah hingga terpaksa guna pendekatan yang sudah ketinggalan zaman untuk mengatasi masalah tersebut?

Walaupun Najib sudah menjelaskan bahawa pindaan ini bertujuan mengekang jenayah terancang sahaja, tapi  tidak ada jaminan Akta ini tidak akan disalahguna untuk tujuan menahan musuh politik UMNO selama 2 tahun kerana kononnya menjadi suspek penjenayah.

Najib mungkin kata begitu hari ini, apakah penggantinya nanti juga akan bercakap perkara yang sama?  Belum tahu lagi. Pemahaman ini macam DNA jugalah, lain-lain, kebarangkalian persamaan berlaku itu sangat kecil - kecuali ahli keluarga.

Inilah yang menjadi kebimbangan kepada Pakatan Rakyat kerana kita tidak mahu menjadi mangsa dalam pindaan baru ini nanti.

Ambil sahaja kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim?  Liwat adalah satu kesalahan jenayah dibawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan, adakah dengan label itu saja Anwar sudah boleh ditahan 2 tahun tanpa bicara kerana menjadi suspek penjenayah?

Pakatan Rakyat dengan ini berikrar akan terus menentang undang-undang baru ini, pedulilah sama ada ia sudah diluluskan atau tidak.  Yang penting, hak setiap rakyat perlu dipelihara, tidak kira apa,

No comments: