Thursday, October 3, 2013

Ambiga Berjaya Takutkan Obama Datang Ke Malaysia

Pakatan Rakyat gembira kerana Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama membatalkan kedatangan beliau ke Malaysia pada 11 Oktober ini.

Selain Malaysia, Obama turut membatalkan kehadiran ke 3 negara Asean lain iaitu Indonesia, Filipina dan Brunei.

Walaupun alasan yang diberikan Obama ialah bagi menangani masalah domestik di Amerika yang menyaksikan sejuta kakitangan awam negara tersebut terpaksa mengambil cuti tanpa gaji kerana peruntukkan kewangan yang dipohon Obama tidak diluluskan Kongres, tapi aku yakin sebab utama Obama tidak hadir ke sini ialah kerana takut terhadap ancaman yang bakal menantinya disini.

Yang dimaksudkan ialah demonstrasi besar-besaran yang akan dianjurkan oleh Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga di Kuala Lumpur bagi membantah kehadiran Obama dan dalam masa yang sama demonstrasi itu pasti memalukan negara ini di mata dunia.

Inilah strategi 2 mata yang sangat dinantikan oleh Pakatan Rakyat.  Kita tidak lagi boleh bergantung harap kepada demonstrasi di depan binaan tinggi seperti KLCC yang menjadi simbol kepada Malaysia untuk menarik perhatian dunia kepada permasalahan yang berlaku di negara ini.

Lagipun KLCC adalah ilham Mahathir, musuh nombor satu Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenapa kita nak gunakan bangunan tersebut untuk menarik perhatian dunia?

Kita memerlukan pendekatan baru dan kedatangan Obama seperti yang dirancang sebelum ini, ibarat bulan jatuh ke riba bagi Bersih dan Pakatan Rakyat.

Tapi nasib baik Obama membatalkan hasratnya, kalau tidak Kuala Lumpur akan dipenuhi jutaan manusia berbaju kuning yang akan menghalang pergerakan Obama - melainkan beliau naik helikopter sajalah.

Walaupun dengan pembatalan ini Pakatan Rakyat dan Bersih hilang kesempatan untuk memalukan Malaysia di mata dunia amnya dan Amerika Syarikat khasnya, tapi kita berjaya mengelakkan Najib dari mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri kedua yang menerima kunjungan seorang Presiden Amerika Syarikat.

Setelah bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman menerima kehadiran Presiden Lyndon B Johnson pada 1966.

Perlu diakui, kedatangan Obama sedikit sebanyak dapat meningkatkan imej Najib di peringkat antarabangsa, sementara demonstrasi yang diadakan nanti, walaupun mempunyai kesan tersendiri, tapi tidak sehebat populariti yang bakal diraih Najib.

Sikit atau banyak bukan persoalannya, kalau boleh Pakatan Rakyat mahu Najib tidak popular langsung.

No comments: