Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Parlimen yang menyebut bahawa majoriti pengawal keselamatan di sekolah tidak efisien dan efektif kerana umur yang lanjut, perlu diberi perhatian oleh Kementerian berkaitan dan pihak pengurusan sekolah sendiri.
Kita sedang bercakap tentang keselamatan murid-murid sekolah dan bagaimanakah keselamatan mereka ini boleh dijamin kalau yang menjaga pintu pagar pun hanyalah orang tua-tua, majoriti pesara tentera yang sudah tidak bermaya?
Bayar rasa dah tinggi dah sebab kerajaan 3 tahun dulu dah tetapkan gaji minimum untuk pengawal keselamatan sebanyak RM 700 seorang dan dikuatkuasakan tahun sudah. Tapi kualiti tetap di takuk yang sama, entah kenapa.
Situasi ini perlu berubah, tidak kira apa.
Kalau tidak, PIBG (Persatuan Ibu Bapa & Murid) perlu mengambil alih tugas menjaga keselamatan sekolah dengan bayaran dan giliran tertentu. Aku yakin, mana-mana sekolah pun sudah tentu mempunyai ibu bapa murid-murid yang bekerja shift, mereka inilah yang patut mengambil peluang menjadi 'jaga' di sekolah.
Apa malu ke jadi 'jaga'?
Malu kenapa? Lagipun, muktahir ini aku lihat karier sebagai Pengawal Keselamatan ini sudah meningkat, tak macam dulu lagi. Hari ini kalau nak cepat popular dan jadi selebriti segera, ialah dengan menjadi pengawal keselamatan seperti mana kes seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark tempoh hari.
Dikatakan, setiap hari pengawal keselamatan tersebut menjadi tumpuan orang ramai yang menaiki pesawat dari Subang, popularlah katakan.
Sebab itu aku tak nampak masalah kenapa PIBG tidak boleh mengambil alih tugas mengawal keselamatan sekolah. Dapat tambah wang sikit-sikit dan lebih penting, yang nak dijaga pun anak sendiri juga!!
Cadangan ini adalah satu perkara yang perlu dipandang serius oleh pihak berkenaan.
Sepatutnya tidak ada kompromi langsung dalam soal keselamatan murid. Yang banyak sangat bagi alasan ni adalah jenis ibu bapa yang nak semuanya mudah saja. Mudah memang mudahla kalau tidak ada apa-apa yang berlaku, cuba kalau dah kena anak sendiri tengok.
Pada waktu itu, jangan kata suruh jadi pengawal keselamatan, suruh jadi apa pun sanggup. Tapi taknak lah sampai terjadi apa-apa baru nak bertindak.
No comments:
Post a Comment