Entahlah, apa yang pitch sangat dengan ucapan Najib di perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) baru-baru ini sehingga bersungguh benar diagung-agungkan media pro UMNO pun aku tak faham.
Malah, tindakan TV3 menyiarkan ucapan tersebut pada waktu slot perdana (selepas Buletin Utama) Isnin lepas, dikatakan telah menyebabkan ramai orang yang baru makan malam, mengalami cirit birit yang agak serius.
Gaya Najib berucap, tidak langsung menarik minat siapa juga yang mendengar. Bahasanya terlalu mendatar dan penggunaan ayat yang tidak sesuai dengan majlis. Walaupun Najib membawa mesej yang penting bagi kalangan negara Islam iaitu mempromosikan kesederhanaan di dalam Islam.
Tapi baik macam mana pun mesej, kalau cara penyampaian tidak kena, tak jadi juga.
Disebutkan bahawa, Presiden baru Iran, Hassan Rohani yang berucap dalam bahasa Farsi itupun, lebih sedap berucap dari Najib, walaupun Najib jauh lebih fasih berbahasa Inggeris berbanding Rohani.
Ternyata Najib bukan seorang Orator yang baik, Malaysia malu mempunyai Perdana Menteri sedemikian kerana ucapan di UNGA ini penting bagi membawa mesej negara, bukan boleh buat main-main.
Iran, Israel dan Amerika Syarikat umpamanya, menjadikan pentas UNGA ini sebagai simbolik menunjukkan bantahan masing-masing. Umpamanya, diplomat Israel akan meninggalkan dewan ketika Presiden Iran sedang bercakap perkara yang negatif mengenai negara tersebut, dan sebagainya.
Sebab itu aku kata ucapan pemimpin di UNGA ini tidak boleh main-main.
Bagaimanapun, semua ini membuatkan aku terfikir, alangkah indahnya kalau yang berdiri dipentas UNGA itu bukan Najib tapi pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili rakyat dan kerajaan Malaysia.
Sudah tentu Anwar akan mendapat standing ovation dari para diplomat di PBB, terutama yang mengetahui tentang latar belakang perjuangan politik beliau sebelum berjaya menjadi Perdana Menteri dan berdiri di atas pentas UNGA.
Anwar juga diketahui mempunyai kepakaran berucap dan berbahasa yang tinggi walaupun diikut dari kelulusan akademiknya, tidaklah setinggi mana sangat - hanya ijazah am dalam sastera Melayu.
Tapi pengalaman dan seksaan yang pernah dialami beliau sepanjang dipenjarakan beberapa kali atas kesalahan dan dakwaan meliwat, telah mematangkan beliau sehingga menjadi seorang yang begitu hebat bila berucap.
Jadi aku merayulah kepada semua rakyat Malaysia agar memikirkan 'kemanisan' yang boleh kita perolehi dengan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Bukan setakat Malaysia menjadi syurga dunia dengan pelbagai peningkatan subsidi yang bakal dilaksanakan Pakatan Rakyat, imej negara di peringkat antarabangsa pun akan meningkat dengan begitu mendadak sekali.
No comments:
Post a Comment