Wednesday, October 2, 2013

Janice Lee Srikandi DAP

Nama bekas ADUN Teratai Janice Lee yang tenggelam selepas digugurkan dari mempertahankan DUN tersebut dalam PRU13 yang lepas (termasuk dipecat dari DAP), tiba-tiba menyinar kembali.

Semuanya gara-gara kelibat Janice Lee yang dilihat membuang undi dalam pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Ahad lepas.

Persoalan menariknya disini ialah, bagaimana Janice yang telah dipecat kerana bertanding atas tiket bebas dalam PRU13 yang lepas, boleh dibenarkan menjadi perwakilan dan seterusnya membuang undi dalam pemilihan tersebut?

Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam satu sidang akhbar pada 22 April 2013 dipetik sebagai berkata:-
GEORGETOWN: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Teratai, Jenice Lee dipecat dari DAP hari ini kerana gagal menarik balik secara terbuka keputusannya bertanding sebagai calon Bebas, dalam tempoh 24 jam mulai semalam.
Ada 2 kemungkinan disitu, pertama kredebiliti Karpal Singh sebagai peguam terkemuka akan tercalar kerana nampak sangat keputusannya untuk memecat Janice Lee, sama ada tidak selari dengan perlembagaan DAP atau tidak diendahkan oleh pihak-pihak tertentu dalam parti tersebut.

Isu ini pennting kerana mitos Karpal hafal semua undang-undang jenayah dalam negara ini bukan baru, dan dimanakah beliau mahu meletakkan muka kalau undang-undang DAP sendiri pun beliau tidak faham sehinggakan Janice yang telah dipecat, boleh menjadi perwakilan.

Kedua, kalau benar Karpal silap dan Janice masih ahli DAP yang sah, maka DAP sekarang terdedah kepada kemungkinan bahawa setiap ahli parti tersebut boleh bertanding sebagai calon Bebas, menentang calon DAP sendiri dalam mana-mana pilihanraya yang akan diadakan selepas ini, mengambil iktibar dari kes Janice Lee. 

Yang nyata, tindakan seumpama ini bahaya dan salah dari segi etikanya kepada mana-mana parti politik dan DAP juga tidak terkecuali.  Mana boleh ahli lawan parti sendiri sebagai calon bebas, itu tidak betul.

Tidak hairanlah kenapa Janice kini, dimata sesetengah orang dianggap sebagai srikandi DAP kerana kebolehannya melanggar begitu sahaja keputusan yang telah dibuat Karpal Singh berhubung pemecatannya.  

Berjalan pada garis waktu yang sama ialah ura-ura para penentang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang akan menjadikan 'kejayaan' Janice Lee ini sebagai asas baru untuk membatalkan sekali lagi pemilihan semula DAP

Aku difahamkan perkara ini sudah mula kedengaran sekarang dan janganlah terkejut kalau Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan sekali lagi menggunakan kuasanya untuk mengarahkan pemilihan semula.

Atau DAP berhadapan kemungkinan dibatalkan pendafatarannya.

No comments: