Wednesday, October 2, 2013

Audit 2012: Siapa Curi Senjata Polis?

Pendedahan Jabatan Audit Negara dalam audit 2012 di Parlimen semalam, memang menggemparkan.  Terutama bila rakyat dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) hilang 44 senjata api untuk tempoh 3 tahun, sejak 2009.

Ini bukan perkara main-main tau, 44 senjata api bukan sikit, banyak tu, boleh buat satu kompeni pasukan bersenjata.

Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi yang kebelakangan ini menjadi sasaran kecaman rakyat berhubung perlaksanaan Ops Cantas Khas dan pindaan Akta Pencegahan Jenayah, harus bertanggungjawab dan memberi penjelasan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Bagaimanapun, hilang dah tetap hilang dah, jawablah macam mana pun.

Pakatan Rakyat bodoh kalau lepaskan isu ini begitu sahaja.  Ahli-ahli parlimen kita di Dewan Rakyat patut ambil isu ini sebagai serius kerana senjata yang hilang itu, ada kemungkinan digunakan untuk tujuan jenayah, terutama kes-kes yang membabitkan penggunaan senjata api.

Sekarang jangan hairanlah kenapa kes membabitkan senjata api semakin menjadi-jadi di negara walaupun undang-undang pemilikan dan pengimportan senjata di negara ini antara yang paling keras dalam dunia.  

Besar kemungkinan, senjata yang hilang ini, ditemui individu tertentu yang kemudian menjualnya di pasaran gelap.  Ini satu kemungkinan yang perlu disiasat, bukan tuduhan.

Sebab itulah Pakatan Rakyat akan minta Zahid dalam penjelasannya nanti, memberikan maklumat tepat siapa yang terlibat mencuri senjata api terbabit.  Adakah siasatan mengenai kehilangan ini telah selesai dibuat dan pelakunya dibiarkan bebas tanpa tindakan atau senyap begitu sahaja?

Rasa-rasa akulah, belum ada lagi terbaca laporan yang menyebut mana-mana anggota polis yang dihadapkan ke Mahkamah kerana cuai sehingga menyebabkan senjata hilang.  Kes-kes membabitkan anggota polis yang disiarkan di media massa, selalunya berkait dengan rasuah atau memukul tahanan sehingga mati.

Begitupun,, untuk berlaku adil, aku rasa polis tidak sewajarnya dipersalahkan 100% kerana ada besar kemungkinan senjata itu mudah hilang kerana peraturan mengenainya yang digubah UMNO, tidak lagi relevan dengan masa sekarang.

UMNO perlu dipertanggunjawabkan di atas kehilangan ini kerana polis terletak dibawah perintah terus Kerajaan yang ditadbirnya.

Zahid selaku Menteri UMNO perlu memikul beban tersebut dan memulangkan semula RM 1.3 juta wang rakyat dalam bentuk nilai senjata serta peralatan lain yang hilang itu atau meletakkan jawatan saja.

No comments: