Tuesday, October 1, 2013

Siapa Pengganti Anwar Dalam PRU14?

Ketabahan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang masih mahu kekal dalam politik Malaysia pada usia 73 tahun, memang mengharukan semua rakyat di negara kita.

Sikap sebeginilah yang perlu ada dalam setiap pemimpin yang mendakwa memperjuangkan rakyat, masih mahu berkhidmat walaupun kudrat semakin dimakan usia.  Untuk makluman, dalam PRU14 nanti, Karpal akan berusia 78 tahun -  usia sama Mahathir mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri.

Aku taknak guna perumpaan ini, tapi aku yakin Karpal tetap mahu kekal relevan dalam politik Malaysia kerana masih ada perjuangan yang belum selesai iaitu memartabatkan Pakatan Rakyat sebagai kerajaan persekutuan di negara ini.

Dalam masa yang sama, hati aku tertanya-tanya adakah pemimpin utama Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga masih berupaya untuk mengikut jejak Karpal - sekurang-kurangnya sehingga PRU14 nanti dimana beliau pada ketika itu sudah berusia 72 tahun.

Ini penting disebut kerana, jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan dalam PRU14, Karpal tidak akan menjadi Perdana Menteri, tapi Anwar dan sudah tentu beban dan tanggungjawab dipikul Anwar lebih berat dari Karpal yang mungkin dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Perdana Menteri II.

Itupun kalau beliau masih sihat dan berupaya.

Kita perlu ingat, Anwar menghabiskan masa selama 6 tahun di dalam penjara, paling lama berbanding mana-mana pemimpin politik dalam Malaysia dan keadaan ini sudah tentu sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan beliau dan keupayaan untuk hidup lebih lama.

Bilik penjara memang mampu menjejaskan ketahanan tubuh, sama seperti ruang vakum di angkasa lepas mampu melambatkan proses penuaan.

Berbanding Karpal yang kalau tidak silap aku setakat menghabiskan masa selama 2 tahun sebagai tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang dulu, ketahanan Anwar sudah tentu lebih rendah berbanding Karpal.

Jadi persoalannya sekarang, siapakah pengganti Anwar dalam PRU14 nanti?

Ada yang datang kepada aku menyebutkan nama Azmin Ali, tapi mungkin tidak.  Azmin ni semua orang tahu terlalu berjiwa Melayu, hasil terlalu banyak pendedahan semasa berada di dalam UMNO dulu.

Berbanding Anwar yang mampu bercakap mengenai apa sahaja mengikut kesesuaian audien yang berada di hadapan beliau.

Kalau cina, Anwar akan menjadi seperti Laksamana Cheng Ho, kalau India, Anwar bermain watak terkenal orang India, Sivaji The Boss dan kalau Melayu, Anwar lebih betah dari Ibrahim Ali sekalipun.

Ciri-ciri sebeginilah yang tidak terdapat pada Azmin Ali atau mana-mana pemimpin Pakatan Rakyat sedia ada.  Seterusnya mencetus kebimbangan sama ada Pakatan Rakyat mampu bertahan dalam PRU14 yang akan datang.

Usaha menyediakan pengganti ini perlu dibuat dengan segera, jangan tunggu sehingga saat akhir.  Anwar mungkin mampu berbuat apa yang terdaya, termasuk 'menyerikan' wajah seperti orang muda, tapi mati atau tidak ini, siapa yang mampu menghalangnya?

No comments: