Kalau aku jadi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, aku tidak akan minta maaf apabila kenyataannya mengenai penghapusan subsidi gula dalam pembentangan bajet 2014 tempoh hari, dikaitkan dengan arwah Tan Sri Azizan Razak.
Alasannya mudah saja, kenyataan itu terlalu umum serta tidak menyebut nama sesiapa dan sememangnya Azizan menghidap kencing manis sehingga dipotong kedua belah kakinya, apa yang salah dengan perkara tersebut sehingga nak minta maaf?
Tapi seperti mana biasa, pemimpin UMNO lebih berminat untuk tunjuk baik dengan meminta maaf sehingga perkara yang tidak ada isu pun menjadi isu besar.
Kononnya nak jadi orang Islam yang baik, boleh jalanlah.
Jadi terlanjur Muhyiddin sudah meminta maaf, Pakatan Rakyat melihat permohonan maaf tersebut sebagai petanda bahawa Muhyiddin sememangnya menyasarkan penyakit kencing manis yang dihidapi Azizan ketika mengulas tentang penghapusan subsidi gula.
Dia nak mengaku atau tidak itu cerita lain, yang nyata dengan minta maaf itu sahaja membuktikan Muhyiddin bersalah - secara langsung atau tidak langsung.
Itu yang pertama, yang kedua, permohonan maaf Muhyiddin tidak ikhlas dan lebih kepada satu lakonan yang dibuat-buat untuk meredakan kemarahan penyokong PAS dan saudara mara Azizan di Sungai Limau, terutama isterinya Puan Sri Faekah dan anak-anak arwah.
Satu Malaysia lihat cara Muhyiddin meminta maaf semalam, ekspresi mukanya langsung tidak menggambarkan sebarang penyesalan kerana menghina bekas Menteri Besar Kedah itu.
Tidak sepatutnya Muhyiddin dilepaskan begitu saja dan amat malang sekali kalau keluarga Azizan menerima permohonan maaf Muhyiddin kerana jelas sekali dia menyalahkan penyakit yang dihidapi Azizan sebagai punca yang membawa kepada penghapusan subsidi gula.
Muhyiddin patut di saman pada satu jumlah yang cukup besar atas keterlanjurannya itu. Inilah masanya untuk keluarga arwah mendapatkan wang dari seorang Timbalan Perdana Menteri yang sudah pasti kaya raya seperti Muhyiddin.
Pakatan Rakyat bersedia membantu keluarga arwah Azizan dalam hal ini pada bila-bila masa pun. Kita mempunyai sumber dan kepakaran yang cukup untuk memastikan saman tersebut berjaya bila dibicarakan di Mahkamah nanti.
Muhyiddin ini tidaklah bijak mana pun rupa-rupanya.
No comments:
Post a Comment