Friday, November 1, 2013

Mat Sabu Ada Faktor 'WoW' Untuk Bantu Azam Di Sungai Limau

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu kebelakangan ini berhadapan dengan tekanan yang cukup hebat dari kalangan ahli-ahli akar umbi PAS yang mahu melihat beliau mengosongkan jawatan tersebut dan memberi peluang kepada golongan ulama.
 
Antara lain Mat Sabu dipersalahkan di atas kekalahan mengejut PAS di Parlimen Pendang dalam PRU13 yang lepas walaupun kawasan Parlimen yang pernah diwakili bekas Presiden PAS, Almarhum Haji Fadhil Nor itu pernah menjadi kubu kuat PAS.
 
Pada tahun 2008, Mat Sabu turut tewas di Parlimen Kuala Terengganu, sebelum PAS merampas semula kawasan tersebut melalui Haji Wahid Endut beberapa bulan selepas itu berikutan kematian penyandangnya dari UMNO.

 
Sehinggakan Mat Sabu dihalang dari berada di barisan hadapan perarakan calon PAS menuju pusat penamaan calon pada 25 Oktober yang lepas kerana ada yang berpandangan kehadiran Mat Sabu boleh melenyapkan peluang PAS untuk menang besar dalam PRK kali ini.
 
Dikatakan, sokongan terbuka Mat Sabu terhadap komunis dan hubungan baiknya dengan parti DAP, menjadi faktor utama kenapa bintang paling popular dalam PAS ini semakin tidak disenangi oleh ahli-ahli akar umbi parti tersebut.
 
Untuk rekod, Mat Sabu telah dilantik oleh kerajaan DAP Pulau Pinang sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Air Pulau Pinang dari 2008 sehingga sekarang.
 
Bagaimanapun, semua maklumat di atas tidak semestinya memberi kesan kepada kempen yang dijalankan Mat Sabu di Sungai Limau ini untuk membantu kemenangan calon PAS, Azam Samad.
 
Walaupun gaya penyampaian Mat Sabu dalam ceramah kurang disenangi sesetengah kelompok orang di Sungai Limau ini, tapi dari pemerhatian aku, Mat Sabu masih mempunyai faktor 'wow' yang diperlukan PAS untuk menang besar di kawasan ini.
 
Selain itu, Azam dan Mat Sabu juga dilihat mempunyai keserasian tersendiri, terutama keterbukaan masing-masing terhadap Mazhab Syiah yang semakin melebar pengaruhnya di Malaysia ini amnya dan Kedah khasnya. 
 
Azam dikatakan terlibat dengan pergerakan Syiah sewaktu menuntut di Jordan sementara Mat Sabu tertarik dengan kejayaan Revolusi Iran 1979 yang berjaya menumbangkan kerajaan boneka Amerika Syarikat yang dipimpin Shah Iran pada waktu itu.
 
Berita ini mungkin kurang disenangi penentang syiah di dalam PAS, tetapi seperti yang dijelaskan Mat Sabu sebelum ini, bersetuju dengan Mazhab Syiah tidak semestinya menjadikan beliau seorang penganut syiah dan mengamalkan ritual yang dianggap pelik oleh sesetengah orang Islam.
 
Maka itu tidak sepatutnya Mat Sabu diketepikan dari terlibat secara aktif dalam kempen PAS di Sungai Limau.  Beliau masih mempunyai aura yang diperlukan PAS untuk menang di kawasan ini.
 

No comments: