Friday, November 1, 2013

Puteri UMNO Pakai Jeans Ketat Di Sungai Limau

Berbeza dengan seminggu lalu, sayap-sayap UMNO seperti Pemuda dan Puteri (kecuali Wanita) yang dilihat memboikot kempen pilihanraya kecil Sungai Limau ini, telah mula menggerakkan ahli pergerakan masing-masing membantu calon BN.

Aku difahamkan Najib Tun Razak cukup berang dengan kegagalan Pemuda dan Puteri UMNO bertindak pantas menyiapkan jentera dalam kempen disini, seperti yang pernah blog ini dedahkan.

Tapi lantak dialah.  Yang penting, apa pun cubaan Puteri dan Pemuda UMNO untuk menawan hati pengundi Sungai Limau, ia boleh diibaratkan seperti sudah terlambat kerana aku jangka mereka pasti gagal mengejar rentak kempen Pemuda PAS dan pergerakan An-Nisa yang hampir masuk ke gear 5.

Sedangkan pemuda dan puteri UMNO baru nak masuk gear 2.

Begitupun, golongan sasaran Pemuda dan Puteri UMNO, iaitu golongan dewasa pertengahan dan pengundi muda di Sungai Limau ini ternyata tidak senang dengan pendekatan kedua-dua sayap UMNO tersebut berkempen.

Pemuda UMNO umpamanya dikesan mengadakan persembahan hiburan ringan sebelum memulakan ceramah untuk menarik minat anak muda hadir.  Sementara Puteri UMNO pula mengenakan pakaian yang menjolok mata, berseluar jeans ketat dan sebagainya.

Aku tidak ada masalah kalau Puteri UMNO nak berbogel sekalipun, ini negara dan dunia bebas, tapi masalahnya di Sungai Limau ini, fikiran orang kampung masih kolot dan konservatif terhadap apa-apa yang 'terdedah'.

Kalau di bandar itu lain, kita sudah lihat hari-hari, naik muak pun ada.

Maka tidak hairanlah kenapa di beberapa tempat seperti Bukit Choras, Permatang Buluh dan sebagainya, rombongan Puteri UMNO dilarang dari memasuki kawasan tersebut oleh unit keselamatan PAS yang berkawal kerana tidak mahu budaya tidak senonoh itu mencemari pemikiran wanita muda kampung tersebut.

Kesimpulannya, walaupun Puteri dan Pemuda UMNO muncul juga akhirnya untuk membantu kempen calon BN di Sungai Limau ini, kehadiran mereka dijangka tidak akan memberi sebarang kesan kepada kemenangan mutlak calon PAS di kawasan tersebut.

Takdir Azam memang sudah tertulis untuk bergelar wakil rakyat di Sungai Limau, tak kiralah apa pun pendekatan yang BN guna.

No comments: