Dua parti komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP telah bersepakat bahawa Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu), sepatutnya dikekalkan sebagai Timbalan Presiden PAS.
Beberapa perbincangan bersama antara calon-calon yang bertanding untuk jawatan tersebut telah menyaksikan penarikan diri 2 orang calon setakat ini, iaitu penyandang jawatan Naib Presiden, Salehudin Ayub dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Usaha memujuk Datuk Husam Musa untuk turut menarik diri bagi memberi laluan mudah kepada Mat Sabu juga sedang hebat dijalankan, dengan Pakatan Rakyat telah menghantar delegasi ke luar negara dimana Husam berada dalam usaha tersebut.
Cuma yang masih berdegil untuk bertanding sekarang ini ialah Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Nik Amar Nik Abdullah yang mewakili golongan ulama.
Banyak usaha wakil Pakatan Rakyat untuk berjumpa dengan Nik Amar sebelum ini meminta dia membatalkan keputusan untuk menentang Mat Sabu, menemui jalan buntu.
Semua ini penting untuk dilakukan kerana aku melihat masa depan PAS di dalam Pakatan Rakyat adalah jauh lebih cerah jika Mat Sabu terus menjadi Timbalan Presiden, berdasarkan pendiriannya yang lebih liberal dan terbuka.
Aku dimaklumkan, jika usaha memujuk ini gagal, Pakatan Rakyat akan menggunakan Nik Aziz bagi membatalkan pencalonan Nik Amar. Hanya Nik Aziz sahaja yang mempunyai kuasa itu.
Hakikatnya, Pakatan Rakyat tidak boleh bekerjasama dengan golongan ulama yang kolot pendirian dan tidak terbuka dengan perkembangan semasa. Balik-balik Islam, Islam, Islam, apa dah takde agama lain di dunia ini lagi ke?
Jika semua perasan, cadangan Pengerusi DAP, Karpal Singh supaya PAS mengugurkan perkataan Islam dari nama parti tersebut kelmarin dan cadangan menghapuskan Majlis Syura Ulama PAS, adalah sebahagian dari usaha Pakatan Rakyat untuk 'membebaskan' PAS dari pengaruh keterlaluan golongan taksub agama.
Usaha itu bersesuaian tahun ini kerana Pakatan Rakyat sudah nampak kesukaran bekerjasama dengan PAS jika struktur yang ada berkekalan berdasarkan beberapa perkembangan sebelum ini.
Kebetulan, PAS akan mengadakan pemilihan pimpinan tertinggi tahun ini, inilah masa yang sesuai untuk ahli-ahli parti tersebut membuat keputusan yang betul mengenai hala tujuan parti itu agar boleh bersaing secara adil dan sihat bersama Pakatan Rakyat bagi menentang UMNO.
Sebab itu jugalah Mat Sabu pentin untuk dikekalkan sebagai Timbalan Presiden PAS.
No comments:
Post a Comment