Mulut busuk beberapa pemimpin PAS yang menghentam secara terbuka Pengerusi DAP, Karpal Singh, seharusnya dibalas dengan tindakan tegas dari parti PAS.
Ini kerana, tindakan tersebut telah menyebabkan imej Pakatan Rakyat merosot teruk, seolah-olah tidak wujud kesepakatan dalam Pakatan Rakyat.
Tak sepatutnya mereka menghentam Karpal begitu sekali. Kalau tak setuiju pun dengan cadangan tersebut,, ada saluran tertentu dalam Pakatan Rakyat yang boleh digunakan untuk membantah Karpal, bukan dengan buat kenyataan terbuka di media.
Sudahlah tu, di media milik UMNO pula, macam Utusan Malaysia.
Jadi aku rasa sampai masanya pemimpin PAS macam Datuk Takiyuddin Hassan, Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Nik Amar dan Datuk Harun Taib (kepala besar dia ni), dikenakan tindakan tatatertib oleh PAS dengan segera.
Banyak nama lagi aku nak sebut ni, tapi kalau senarai semua kang, siapa pulak nak jalankan kerja-kerja dalam PAS kalau dah digantung atau dipecat dari parti.
Aku senarai yang besar-besar sajalah, nama yang kecil-kecil tu biar hilang ditiup angin.
Lagi lama dibiarkan, lagi banyak kenyataan menyakitkan hati disebutkan oleh mereka semua. Nasib baik Mursyidul Am, Datul Nik Aziz Nik Mat enggan melayan provokasi media berhubung isu sama semalam, kalau tidak dengan Nik Aziz pun patut dipecat sama.
Nik Aziz dalam reaksinya berhubung kenyataan Karpal itu menyifatkan pandangan tersebut sebagai bersifat peribadi semata-mata dan minta cadangan itu dikaji sedalam-dalamnya oleh pimpinan parti sebelum boleh dilaksanakan.
Itu barulah reaksi yang betul, datang dari orang yang banyak pengalaman dalam politik. Bukan nak melatah tak tentu arah dengan menghentam Karpal dari segenap sudut. Tak kena cara macam itu.
Justeru PAS dengan ini diberikan tempoh 2 minggu untuk mengambil tindakan ke atas pemimpinnya yang menghentam Karpal secara terbuka menggunakan media yang kita tahu dimiliki UMNO.
Gagal ambil tindakan boleh menyebabkan PAS disingkirkan dari Pakatan Rakyat. Nak yang mana satu, pilihlah sendiri
No comments:
Post a Comment