- Semalam merupakan hari terakhir perwakilan mengikuti Muktamar Tahunan Pas kali ke-59, di Stadium Melawati, Shah Alam.
SHAH ALAM - Pas Johor menggesa kepimpinan parti agar menyegerakan pendaftaran PR bagi membolehkan sistem dua parti dilaksana di Malaysia.
Perwakilan Johor, Firdaus Masood berkata, sebelum ini isu pendaftaran ini pernah diusulkan oleh bekas pimpinan PR Datuk Zaid Ibrahim, ke Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga ke Parlimen.
Perwakilan Johor, Firdaus Masood berkata, sebelum ini isu pendaftaran ini pernah diusulkan oleh bekas pimpinan PR Datuk Zaid Ibrahim, ke Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan juga ke Parlimen.
Menurutnya, sehingga kini tindakan mengenai isu pendaftaran ini masih belum diselesaikan.
"Kami minta pihak pemimpin PR perlu bersungguh-sungguh menangani masalah ini. Menerusi pendaftaran ini sistem dua parti di Malaysia dapat dilaksanakan," katanya,
Dalam pada itu beliau turut mencadangkan supaya melantik jurucakap PR di peringkat pusat dan juga di peringkat negeri.
"Kita tidak mahu semua pemimpin berebut nak keluarkan kenyataan semata-mata untuk meraih publisiti," katanya.
No comments:
Post a Comment