Ramai tidak sedar bahawa Pakatan Rakyat melihat dengan dekat persaingan merebut jawatan Presiden MCA yang berlangsung Ahad lepas.
Pakatan Rakyat cukup bimbang kalau Datuk Seri Ong Tee Kiat atau Gan Peng Sieu yang menang jawatan tersebut kerana kedua mereka ini diketahui mampu mencabar kedudukan DAP kalau menang sebagai Timbalan Presiden.
Nasib baik yang menang ialah Liow Tiong Lai - pemimpin MCA yang tidak banyak berbeza dengan Datuk Chua Soi Lek dari segi ketidakupayaan memimpin parti sebesar MCA, cuma tidak video lucah sajalah.
Justeru, kalau macam inilah pemimpin yang diangkat menjadi Presiden, maka Pakatan Rakyat (terutama sekali DAP), tidak melihat masalah besar untuk mengatasi MCA dalam PRU13 yang akan datang - buat kesekian kalinya.
MCA boleh terus bermimpi untuk menyaingi DAP sebagai parti orang cina kerana Liow Tiong Lai ini tidak lebih dari boneka UMNO, boneka Najib.
Dah nama dia pun Liow TIONG Lai - macam burung tiongla, ikut saja apa Najib cakap.
Begitu juga dengan Timbalan Presiden, Wee Ka Siong yang juga regu Liow Tong Lai dalam pemilihan kali ini, juga tidak mempunyai apa-apa kekuatan yang boleh mengalihkan sokongan undi orang cina kepada MCA dan BN.
Ini kerana BN gagal melihat faktor sebenarnya yang menyebabkan mereka kehilangan sokongan orang cina dalam PRU13 yang lepas - bukan disebabkan oleh masalah kaum, tapi masalah agama!!
MCA hari ini rata-rata diwakili oleh pemimpin cina yang beragama Budhha, sedangkan DAP diwakili oleh pemimpin yang majoritinya beragama Kristian, agama yang serba serbi moden dan lebih lengkap berbanding agama Buddha.
Tidak hairanlah kenapa DAP sentiasa 100 atau 200 langkah di hadapan MCA, kerana parti itu sentiasa boleh mengadaptasi dengan perubahan semasa yang berlaku di sekeliling kita, sama seperti agama Kristian juga yang boleh dikaji semula mengikut kesusaian zaman.
Aku tak pasti dengan Tee Kiat, tapi yang nyata, Gan Peng Sieu adalah antara sekelompok kecil pemimpin MCA yang beragama Kristian. Gandingannya untuk jawatan Timbalan Presiden, Donald Lim juga beragama Kristian.
Sebab itu disebut di awal tadi, Pakatan Rakyat cukup bimbang kalau Gan menang kerana kita tahu dia bijak menonjolkan dirinya di kalangan orang cina yang beragama Kristian berbanding Tiong Lai.
Tapi sebab Tiong Lai yang menang, maka ternyata kebimbangan itu tidak berasas. 'Kacang' - kata budak-budak muda.
No comments:
Post a Comment