Monday, December 23, 2013

Najib Doa Di Mekah Belum Tentu Elak Bala Tuhan


Najib Tun Razak khabarnya sekarang berada di Mekah untuk mengerjakan upacara umrah.  Umrah ini adalah nama lain bagi upacara menyuci dosa bagi orang Islam, balik dari umrah buat lagi.

Orang banyak dosa macam itulah.

Baru saja minggu lepas Najib berada di Jepun menghadiri entah apa mesyuarat antara Asean dan negara Jepun, lepas itu di Jakarta dan sekarang dah di Arab Saudi pula, dahsyat berjalan hujung-hujung tahun ni, menghabiskan bajet agaknya.
Di gembar gemburkan di media bahawa tujuan Najib ke Mekah ini (selain menyucikan dosa sendiri) adalah untuk berdoa kepada Tuhan agar Malaysia ini amnya dan Pahang khasnya dilindungi dari bencana banjir gelombang kedua - konsep baru yang diamalkan sejak Abdul Azeez Rahim dilantik jadi Pengerusi Tabung Haji.

Azeez baru-baru ini umumkan bahawa Tabung Haji dan Sultan Pahang akan menghantar 50 dari 17,000 mangsa banjir di Pahang untuk mengerjakan upacara umrah di Mekah serta berdoa supaya negeri tersebut dilindungi dari banjir.

Najib sedang pelopori kepercayaan macam itulah sekarang - doa di Mekah, banjir tak datang.

Tapi ini semua kepercayaan tindakan karut dan membazirkan wang rakyat.  Tidak pernah terbukti secara saintifik bahawa berdoa di Mekah ini lebih baik berbanding di tempat lain.  Banjir kalau nak datang, dia datang juga, pedulilah Najib doa di Mekah atau tidak.

Kalau selepas ini banjir tetap melanda Pahang, apa nak kita katakan tu, doa Najib tak diterima Tuhan, macam itu?

Bagi aku sendirilah, tidak begitu hairan kalau banjir tetap melanda Pahang sebab semua itu aturan alam bagi sebuah negara bermonsun tropika seperti Malaysia.

Maka itu, Pakatan Rakyat membantah tindakan Najib pergi ke Mekah membuat upacara umrah pada saat-saat macam ini.  Seharusnya Najib tidak kemana-mana, duduk saja dalam negara menguruskan masalah yang  banyak di negara ini, itu lebih baik dari pergi berjalan-jalan.

Orang Arab Saudi pun khabarnya cukup meluar bila Najib kerap sangat berkunjung ke negara itu hampir setiap tahun kerana banyak jalan terpaksa ditutup untuk memberi laluan kepada Najib dan rombongannya nak bergerak ke sana sini.

No comments: