Friday, January 10, 2014

Pencetus Ummah Tiru Rancangan Realiti TV Pendakwah Kristian "Preachers Of LA"

Di laman-laman media sosial pagi ini meriah dengan rancangan realiti TV Pencetus Ummah yang berakhir malam tadi.  Try juga baca, rupanya rancangan ini bertujuan nak menghasilkan lebih banyak pendakwah Islam seperti Azhar Idrus dan Kazim Elias.

Sambung risik juga, aku dapat bahawa rancangan ini meniru rancangan serupa di Amerika Syarikat bertajuk "Preachers of LA" tapi khusus untuk orang Kristian.

Bodoh betul, nak cari pendakwah Islam pun kena tiru rancangan sama oleh orang Kristian juga, apa takda idea sendirikah?

Persoalan aku sekarang, kenapa Astro sebagai syarikat TV berbayar milik orang bukan Islam (Ananda Krishnan) sanggup mengadakan rancangan seperti itu untuk orang Islam, tapi tak pula berani mengadakan rancangan sama untuk orang bukan Islam?

Sedangkan rancangan itu meniru rancangan sama untuk mencari pendakwah agama Kristian?  Boleh aku tahu apa masalahnya?

Kalau tak pun, agama lain masih perlu juga pendakwah (preachers) untuk menyebarkan agama di kalangan pengikut mereka.  Jadi pendakwah ini bukan eksklusif kepada orang Islam saja, orang bukan Islam pun ada juga method yang sama.

Maka itu, atas dasar keadilan sejagat, Pakatan Rakyat menggesa Astro bersikap lebih adil kepada semua rakyat Malaysia dalam mengadakan pertandingan seperti ini sebagai sebahagian dari rancangan mereka.

Di negara-negara seperti Indonesia dan Filipina, siaran khas untuk masyarakat Kristian telah lama diadakan.  Baiklah, kalau Filipina itu memang negara majoriti Kristian, apa komen tentang Indonesia - sebuah negara teramai orang Islam di dunia.

Peserta Preachers Of LA

Kenapa mereka boleh, kita disini tidak boleh?

Semua ini perlu diberi perhatian.  Dalam tak sedar, negara kita sudah jadi seperti negara Arab, semuanya nak kena selari dengan konsep Islam, termasuk dalam soal nak buat Hard Rock Cafe di Putrajaya pun!!

Cakap pasal isu itu, baru kita tahu sekarang bahawa garis panduan nak berniaga di Putrajaya itu perlu selari dengan ajaran agama Islam.  Kenapa mesti macam itu, apa istimewanya Islam sehingga nak meniaga pun kena ikut garis panduan Islam juga?

Tak kenalah macam ini.  Putrajaya adalah milik semua rakyat Malaysia, bukan orang Islam sahaja.  Melayu memang majoriti, Islam belum tentu lagi.

Atas semangat dan prinsip yang sama, Pakatan Rakyat mahu lihat rancangan mencari pendakwah-pendakwah hebat di kalangan orang bukan Islam ini, diadakan secara terbuka di Astro,

Kalau ada masalah, maklumkan kepada kita. Para peguam Pakatan Rakyat bersedia mencabar isu tersebut sampai ke Mahkamah secara percuma. 

No comments: