Friday, January 10, 2014

Selangor Akan Ceburi Bidang Arak Halal

Difahamkan, kerajaan Negeri Selangor sedang bekerjasama dengan salah sebuah syarikat pengeluar minuman keras di negeri tersebut, untuk mengeluarkan arak dari jenis Beer yang halal diminum oleh orang Islam.

Sumber dari pejabat Setiausaha kerajaan negeri Selangor itu menyebut bahawa rundingan ini adalah satu proses jangka panjang bagi memperbaiki imej kerajaan negeri dari dikaitkan sebagai negeri pengeluar arak.

Negeri Selangor mempunyai 2 kilang pengeluar arak terbesar di Malaysia yang masing-masing dimiliki oleh syarikat berbeza dan atas sebab-sebab tertentu, aku tidak dibenarkan mendedahkan nama syarikat mana satu yang sedang mengadakan perundingan dengan kerajaan negeri.


Kajian yang dijalankan syarikat terbabit mendapati, pengeluaran arak halal jenis Beer ini boleh dilakukan dengan melakukan perubahan tertentu pada struktur kimia minuman tersebut agar selari dengan garis panduan dalam Islam. 

Dalam masa yang sama, ia tidak mengganggu sangat rasa minuman tersebut yang menjadi trend di seluruh dunia.  Terganggulah sikit tapi tidak banyak, akibat proses mengubah struktur kimia arak tersebut yang disebutkan di atas.

Buih, warna dan beberapa tarikan lain pada arak itu nanti masih ada.

Antara perubahan yang dibuat ialah, pengurangan kandungan alkohol dan beberapa perisa yang tidak dibenarkan di dalam Islam.  Untuk mudah faham, proses ini nanti adalah sama dengan proses penghasilan Cola-Cola biasa dan Cola-Cola light.

Jika berjaya, kerajaan negeri dijangka meraih pendapatan berbilion ringgit hasil cukai yang dibayar syarikat tersebut kepada kerajaan negeri.  

Dari segi ekonomi, sudah tentu penghasilan arak halal ini akan meningkatkan lagi kapasiti kilang berkenaan dan seterusnya  membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor.

Aku berharap semua ini dapat direalisasikan dengan segera kerana ia akan meningkatkan lagi pendapatan kerajaan negeri daripada banyak kepada lebih banyak.

Kejayaan ini nanti (yang pertama seumpamanya di dunia) akan menjadikan Selangor sebuah negeri yang dihormati dan terkenal di seluruh dunia Islam.  '

Silap-silap, orang lebih kenal Selangor dari Malaysia, siapa tahu, zaman hari ini tak ada yang mustahil.

No comments: