Sunday, February 2, 2014

Anwar menang, Azmin jadi menteri besar

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar  berkata Barisan Nasional (BN) perlu berhati-hati  dan bijak dalam menangani isu yang dilontarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pelan damai beliau ke arah konsensus nasional.

Katanya, seperti mana kita maklum konsensus bermaksud kesepakatan dan persetujuan bersama dalam memacu hala tuju negara dalam memastikan keselamatan, keamanan, perpaduan serta kemajuan negara terbentuk.

“Walhal dan selepas PRU,keadaan keselamatan negara mash terkawal, ekonomi negara adalah stabil, perpaduan rakyat masih utuh,sedangkan unsur-unsur hasutan dan penipuan adalah dibawa oleh parti pembangkang yang diketuai oleh Anwar sehingga mereka sanggup memalukan negara dengan membawa informasi yang tidak betul ke luar negara,” katanya kepada FMT.
Beliau yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (Ikiam)  berkata kerajaan tidak harus melayan kerana populariti politik mereka sudah jatuh.
Katanya, mereka sekadar mencari kelemahan kepimpinan BN seperti kenaikan harga barang.
Beliau mencadangkan supaya SPR menangguhkan  terlebih dahulu proses PRK Kajang selepas penyiasatan SPRM ke atas bekas Adun  Kajang, Lee Chin Cheh selesai memandangkan tiada unsur kesihatan atau jenayah yang menyebabkan beliau meletakkan jawatan sewenang-wenangnya selepas diberi mandat pada PRU ke 13.
“Tindakan beliau adalah satu pengkhianatan kepada rakyat  Kajang,” tegasnya.
Dalam pada itu Fakrul menambah adalah dilihat perpecahan dalam PKR Selangor menunggu retak menanti belah apabila wujudnya dua kelompok Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali.
Beliau mendakwa Anwar telah membelakangi Khalid  dengan memilih Anwar sebagai calon PRK Kajang.
“Jika Anwar menang, bukan Anwar jadi Menteri Besar, sebaliknya Azmin yang jadi Menteri Besar kerana Anwar menghadapi banyak kes di mahkamah,” dkwanya lagi.

No comments: