12:20 p.m - Sah!! Mahkamah menetapkan tarikh lain untuk memberikan keputusan
12:15 p.m - Samseng Perkasa cuba provokasi kumpulan paderi yang cuba keluar dari bangunan Mahkamah
11.45 a.m - Ada ura-ura mengatakan kes tersebut ditangguh ke satu tarikh lain.
11:15 a.m - Peguam gereja berhujah kenapa 14 tahun dulu kalimah Allah dibenarkan untuk digunakan tapi sekarang kebenaran itu nak ditarik balik?
11.00 a.m - Siti Kassim (aktivis PR dan peguam) beri kenyataan kepada media.
10:20 a.m - Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka tiba pada bila-bila masa dari sekarang untuk menyatakan sokongan terhadap Gereja.
10:15 a.m - Diterima Tuhankah sembahyang di tempat terbuka seperti ini? Apa kata JAKIM, bolehkah sembahyang secara beramai-ramai diadakan ditempat terbuka tanpa kebenaran?
10:10 a.m. - Keadaan makin tidak terkawal dengan pertambahan makin ramai ahli UMNO dan Perkasa di kawasan Mahkamah Persekutuan, perlukah keputusan ditangguhkan?
10:00 a.m - Kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengenai kalimah Allah diputar belitkan oleh ahli-ahli Perkasa dalam bentuk banner, perlu tindakan.
9.30 a.m - Pakatan Rakyat hari ini menghantar beberapa orang wakil dalam usaha menyokong pihak Gereja dalam penyampaian keputusan oleh Mahkamah Persekutuan berkaitan kalimah Allah di Putrajaya hari ini.
Walaupun menghadapi provokasi dari ribuan ahli Perkasa dan UMNO yang awal-awal lagi sudah memenuhi bangunan Mahkamah untuk mendengar keputusan tersebut, wakil-wakil ini membawa mesej keamanan dengan bunga di tangan masing-masing.
Blog ini akan menyampaikan dari masa ke semasa perkembangan kes yang akan diputuskan oleh barisan 7 orang hakim Mahkamah Persekutuan itu.
Kita berharap, keputusan Mahkamah nanti akan memihak kepada pihak Gereja dan kalimah Allah boleh digunakan bukan sahaja dalam The Herald, tapi juga penerbitan penerbitan lain serta khutbah Ahad.