Friday, March 28, 2014

Najib Selesai Masalah Di Filipina, Cari Masalah Dengan China?


Tidak ada apa yang menarik berkaitan dengan perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan pengganas Moro MILF yang diaturkan oleh kerajaan Malaysia semalam.

Silap-silap, tidak ada siapa yang peduli mengenai perkara tersebut kerana selain tidak memberi kesan yang besar kepada Malaysia, seluruh negara lebih sibuk memikirkan kegagalan kerajaan menjumpai pesawat MH370 yang  masih menjadi misteri sehingga sekarang.

Pakatan Rakyat pula melihat perjanjian damai tersebut adalah satu pencabulan ke atas undang-undang antarabangsa dalam soal mengadakan perjanjian dengan pengganas kerana MILF adalah antara banyak pertubuhan Islam yang disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh Jabatan Negara, US.

Yang lebih penting sekarang, dikala Najib dan kuncu-kuncunya bergembira dengan 'perdamaian' di Filipina itu, ada masalah yang lebih besar sedang menanti di depan, iaitu konflik ekonomi dan politik dengan negara China.

Perlu diakui, sejak pesawat MH370 ini hilang secara misteri, hubungan diplomatik antara kedua negara begitu tegang kerana banyak pihak di China merasakan kerajaan Malaysia tidak berterus terang dengan mereka.

Ketegangan itu sudah mula menjalar ke bahagian ekonomi pula apabila dilaporkan beberapa syarikat perlancongan China sudah memutuskan hubungan perniagaan dengan MAS dan syarikat penerbangan Malaysia yang lain.

Jangkaan selepas ini, lebih banyak perkara sama akan berlaku antara negara China dan Malaysia sehingga mempengaruhi ekonomi Malaysia dengan begitu teruk sekali apabila hubungan dagangan antara 2 negara berhadapan risiko digantung.

Dengan China mendominasi perdagangan dunia hari ini, Malaysia dijangka berhadapan dengan konflik yang jauh besar sehingga diakhirnya akan menjejaskan ekonomi negara kita kalau perkara itu benar-benar berlaku.

Apatah lagi Malaysia dan China memang sedia ada mempunyai masalah, terutama dalam konflik perebutan kawasan kaya dengan minyak di Kepulauan Spartly - konflik biasa yang boleh bertukar kepada konflik ketenteraan pada bila-bila masa.

Perlu diingat, kekuatan ketenteraan Malaysia tidak ada sekuman pun kalau nak dibandingkan dengan kekuatan ketenteraan China.

Tidak ada jalan lain untuk mengelakkan semua masalah ini melainkan dengan perubahan kerajaan.  Najib sudah hilang fokus dan terbukti tidak berupaya menyelesaikan masalah ini dengan baik, hanya Pakatan Rakyat sahaa yang boleh.

Buktinya bersepah, sementara negara lain menghantar aset-aset canggih masing-masing untuk mengesan kedudukan MH370 ini, rakyat Malaysia hanya sibuk berdoa dan mengadakan sembahyang hajat disana sini, sedangkan apa hasil pun tidak ada.

Memalukan.