Keterbukaan Pakatan Rakyat dalam isu-isu berkaitan hak asasi manusia, terutama yang membabitkan amalan Lesbian, Gay, Bisexual dan Trans-gender (LGBT) ini bukanlah rahsia umum, malah telah pun diketahui oleh ramai orang.
Buktinya, melihat dari penglibatan aktivitis-aktivis pro Pakatan Rakyat seperti Datuk Ambiga, Marina Mahathir, Marina Chin dan sebagainya dalam program pro LGBT seperti Seksualiti Merdeka yang juga merupakan acara tahunan penting di negara ini.
Maka itu, tidak salah jika ada yang berfikiran bahawa kerajaan negeri Selangor dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baru nanti, akan turut mengiktiraf LGBT di Selangor - selama tidak dilakukan di tempat terbuka.
Aku difahamkan, antara agenda pertama Anwar setelah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru nanti, adalah untuk memastikan amalan LGBT ini diiktiraf serta diterima sebagai sebahagian dari cara hidup rakyat Selangor.
Pengiktirafan ini tidak salah atau berlawanan dengan prinsip mahupun status Malaysia sebagai negara Islam.
Ini kerana, UMNO sendiri sudah lama mengiktiraf kegiatan pelacuran di negara ini, cuma bukan secara terbuka. Jika UMNO benar-benar serius menolak pelacuran, kenapakah agaknya kawasan merah seperti Chow Kit, Lorong Haji Taib dan lain-lain masih wujud sehingga sekarang?
Begitulah halnya dalam soal kerajaan Selangor nak mengiktiraf golongan LGBT ini.
Sudah tentu, pengiktirafan ini masih tertakluk kepada beberapa perkara lagi, antaranya pegangan agama dan sebagainya. Pengiktirafan ini juga bukan bermakna, perkahwinan sesama jenis sudah boleh dilakukan di Selangor seperti mana di negara-negara maju yang lain.
Pengiktirafan ini hanya membawa maksud, cara hidup LGBT bukanlah menjadi satu kesalahan moral di Selangor seperti sekarang, selama tidak wujud paksaan dan sebagainya.
Undang-undang jenayah Malaysia melarang semua jenis hubungan sejenis, tidak kira dalam apa bentuk sekalipun, suka sama suka, apatah lagi di mana ada wujud unsur-unsur paksaan.
Hukuman ini dirasakan tidak adil kerana hanya Islam sahaja yang melarang hubungan sejenis, sedangkan agama-agama lain tidak.
Pakatan Rakyat berpendapat, adalah tidak adil bagi seorang bukan Islam di dakwa dibawah kesalahan jenayah, hanya kerana melakukan hubungan sejenis bila perkara itu tidak menjadi kesalahan dalam kepercayaan mereka.
Maka itu, pengiktirafan yang akan diberikan kepada pengamal LGBT di Selangor nanti, dijangka mampu membuka jalan kepada kehidupan yang lebih sempurna di Malaysia ini. Cukuplah selama bertahun-tahun golongan ini dikecam serta di diskriminasi dalam masyarakat.
Sudah sampai masanya mereka juga diberikan hak yang setaraf seperti mana manusia yang lain seperti mereka.