Thursday, April 17, 2014

Beranikah PAS Langkah Mayat Karpal Untuk Laksanakan Hudud?


Selain UMNO/BN, satu lagi pihak yang pasti bergembira dengan kematian Mendiang Karpal Singh ialah PAS.  Karpal diketahui sebagai penentang nombor satu hudud di Malaysia ini dan tanpa kelibat mendiang, PAS pasti berharap untuk melaksanakan hudud, terutama di Kelantan.

Malah sudah ada beberapa pihak dari parti itu yang khabarnya mencari peluang untuk melangkah mayat Karpal Singh bagi membolehkan hudud dilaksanakan.

Silap-silap, pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan dengan MPV milik Karpal itu pun adalah juga seorang ahli PAS, kita tidak tahu, mungkin betul mungkin tidak.

Persoalannya sekarang, dalam keadaan sekarang bila semua rakyat Malaysia terasa dengan kehilangan Karpal, mampukah PAS meneruskan matlamat untuk melaksanakan hudud?  

Perlu diingat, sebarang cubaan untuk melaksanakan hudud, akan dilihat sebagai 'melangkah' mayat Karpal kerana mendiang pernah berwasiat begitu pada satu ketika dulu dan tidak pernah menarik balik kenyataannya tersebut.

Ini yang PAS perlu jelaskan kepada rakyat.  

Sebagai menghormati kematian Karpal, cadangan nak melaksanakan hudud itu tidak perlu diteruskan sampai bila-bila.  Itupun kalau PAS masih beranggapan mereka adalah sebahagian daripada parti komponen Pakatan Rakyat.

Dengan serta merta juga, PAS perlu menghentikan sebarang perbincangan mengenai hudud ini bagi menunjukkan penghormatan mereka kepada mendiang Karpal yang mati dalam kemalangan jalanraya pagi tadi.

PAS juga perlu menarik balik apa-apa artikel yang menyentuh tentang perlaksanaan hudud di Kelantan yang disiarkan di dalam Harakah.

Ini penting bagi menunjukkan solidariti Pakatan Rakyat.  Kematian Karpal haruslah dijadikan petunjuk jelas kenapa hudud ini tidak perlu dilaksanakan di Malaysia ini.  Pakatan Rakyat yakin, semua penyokong PAS boleh menerima keputusan untuk membatalkan cadangan perlaksanaan hudud di Kelantan bagi menghormati Karpal.

Karpal ada banyak jasa kepada PAS.  Tanpa sumbangan Karpal dalam menyakinkan penyokong DAP untuk tetap mengundi calon PAS dimana saja mereka bertanding, tidak mungkin PAS akan memperolehi peningkatan kerusi bandar, terutama di Selangor dan Penang