Thursday, April 17, 2014

BN Punca Kematian Karpal Singh?


Jika dibaca laporan awal mengenai nahas jalan raya yang mengorbankan Karpal Singh awal pagi tadi, ia adalah jelas disebabkan oleh kecuaian pemandu (seorang Melayu) yang memandu lorinya terlalu perlahan atau menukar laluan tanpa memberikan signal.

Mana-mana satupun ia adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu lori.  Kecuaian ini boleh berlaku kerana undang-undang jalan raya di Malaysia yang lemah disamping tindakan penguatkuasaan yang begitu lemah.

Negara ini ada banyak agensi yang semata-mata menumpukan perhatian kepada jalan raya, antaranya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), polis trafik, PUSPAKOM dan sebagainya, tapi kemalangan yang diakibatkan oleh kenderaan berat seperti lori ini masih juga berlaku.

Kita semua berasa hairan, kenapa setelah ribuan nyawa yang melayang di lebuhraya akibat kecuaian dan kelekaan yang dilakukan pemandu lori di negara ini, kenderaan berkenaan masih dibenarkan untuk menggunakan lebuhraya.


Seharusnya kenderaan berat seperti lori dilarang dari menggunakan lebuh raya kerana membahayakan pengguna bila dipandu perlahan.  Tapi kerana kerajaan BNlah yang masih membenarkan lori menggunakan lebuhraya, maka nahas ini boleh berlaku sehingga merugikan negara ini dan Pakatan Rakyat.

Jadi tidak salah kalau Pakatan Rakyat mengatakan disini, selain pemandu lori berkenaan, kerajaan BN yang mengawal selia semua agensi=agensi ini turut bertanggungjawab atas kematian tokoh politik yang tidak ada gantinya seperti Karpal Singh ini.

Pakatan Rakyat dengan itu mahu pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein melepaskan jawatan tersebut atas kejadian sedih sehingga meragut nyawa mendiang Karpal Singh ini.

Tidak kira sebab mana satu yang menjadi punca (menukar lorong atau memandu secara perlahan), yang penting, Karpal sudah mati sekarang dan kehilangan itu tidak boleh ditebus, melainkan seseorang perlu memikul tanggungjawab atas tragedi yang merugikan negara ini.