Thursday, April 17, 2014

Mengingati Karpal: Semua Pemandu Lori Harus Dimasukkan Ke Dalam Neraka!!


Kemalangan jalan raya yang diakibatkan oleh kecuaian pemandu-pemandu lori ini bukan cerita baru, malah telah sering kita dengar di dalam berita.  Hari-hari pun ada orang yang mati akibat kemalangan dengan lori.

Tidak setakat memandu dengan cuai, ramai di kalangan pemandu lori juga terlibat dengan penyalahgunaan dadah sehingga mendedahkan pengguna jalan raya yang lain dengan risiko kemalangan.

Kalau mereka saja yang mati tak mengapa juga, ini dengan orang lain pun diangkutnya sekali, atau paling sial kalau mereka selamat, orang lain pula yang mati seperti dalam kes kemalangan yang melibatkan YB Karpal Singh awal pagi tadi.


Ini semua tidak seharusnya dibenarkan berterusan.  Hari ini Karpal, esok entah mana pemimpin Pakatan Rakyat pula yang akan dilenyek oleh mereka.  Jika itu berlaku, ia adalah satu kerugian yang besar kepada rakyat dan negara.

Seharusnya semua pemandu lori ini kalau mereka mati, masukkanlah mereka ke dalam neraka atas kejahatan yang telah mereka lakukan di dunia ini.

Itu kalau mereka mati, dalam masa yang sama, kerajaan juga boleh memperkuatkan lagi undang-undang berkaitan keselamatan di jalan raya.  Jika kecuaian seperti ini paling tidak hanya dipenjara atau denda, akan datang, pemandu lori yang didapati bersalah memandu sehingga cuai sehingga menyebabkan kematian, perlulah digantung sampai mati.

Selepas itu barulah mereka boleh dihumban ke dalam neraka dan tanpa mereka di dunia ini, lebih banyak nyawa akan terselamat.

Dalam persidangan Dewan Rakyat yang akan datang, Pakatan Rakyat akan mencadangkan supaya undang-undang berkaitan dengan pemandu lori ini dikaji semula agar tragedi yang menimpa mendiang Karpal, tidak berulang kepada orang lain.

Ini penting.