Tuesday, April 22, 2014

Bersedia Untuk PRK Di 2 Bukit

Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil di 2 Bukit, masing-masing di Bukit Gelugor dan Bukit Assek, Sarawak.  Ini setelah penyandang kerusi di kedua-dua bukit tersebut sama ada telah meninggal dunia atau menanti saat untuk meninggal dunia.

Penyandang kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam nahas jalanraya pada 17 April yang lepas, sementara penyandang DUN Bukit Assek, Wong Ho Leng sedang menanti saat-saat untuk mati setelah Hospital Mount Elizabeth, Singapura, sudah habis punca untuk merawat penyakit barah otaknya dan menghantarnya balik ke rumah.

Untuk makluman, jika berlaku kekosongan DUN sebelum Jun ini, pilihanraya kecil boleh diadakan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Pakatan Rakyat tidak melihat sebarang masalah untuk memenangi semula kedua-dua kerusi tersebut.  Maklum sajalah, dalam pilihanraya umum 2013 dan pilihanraya negeri Sarawak 2011, Pakatan Rakyat menang di kedua-dua kerusi tersebut dengan gemilang sekali.

Wong Hong Leng mempertahankan kerusi DUN Bukit Assek dengan majoriti besar 8,647 undi, sementara Karpal Singh menang di Bukit Gelugor dengan majoriti kedua terbesar dalam PRU13 yang lepas, (dibelakang Teresa Kok, Seputih) - 42,706 undi.

Suka nak diingatkan, angka di atas itu adalah majoriti, bukan jumlah undi.

Jadi tidak ada masalah.  Malah aku difahamkan Pakatan Rakyat tidak akan berbelanja besar untuk PRK di kedua-dua bukit tersebut kerana kemenangan sudah pasti dalam genggaman.  Letaklah siapa calon sekalipun, sudah pasti kemenangan besar itu akan berkekalan.

Maka itu UMNO/BN disaran agar tidak bertanding dalam pilihanraya kecil dikedua-dua bukit ini kerana selain menghormati kedua-dua mendiang tersebut, tindakan itu (bertanding) hanya membuang masa dan tenaga sahaja, menangnya tidak.

Untuk kepentingan semua orang, Pakatan Rakyat harus diberikan kemenangan percuma dan dengan itu dapat menjimatkan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan kerajaan sekiranya pilihanraya kecil diadakan.