Tuesday, April 22, 2014

Pemilihan PKR: Datuk Seri Anwar Ibrahim Menarik Diri


Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR 2014, Datuk Johari Abdul sebentar tadi mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat keputusan untuk menarik diri dari pertandingan merebut jawatan Presiden PKR dalam pemilihan yang sedang berlangsung.

Alasan kepada penarikan diri ini tidak dimaklumkan tapi difahamkan keputusan ini diambil setelah Anwar memikirkan dengan serius implikasi yang bakal ditanggung parti sekiranya beliau meneruskan hasrat untuk mencabar jawatan itu.

Lagipun keputusan undian semasa dari semua Cabang yang telah bermesyuarat setakat ini menunjukkan, Anwar mendahului Datin Seri Wan Azizah Ismail dengan majoriti yang sangat besar dan hampir pasti beliau akan menang jika meneruskan pertandingan tersebut.

Maka jalan sebaik-baiknya adalah menarik diri.

Walaupun berita ini menyedihkan kita semua kerana inilah masanya buat pertama kali sejak 1999, PKR akan diketuai oleh orang yang menjadi ilham kepada penubuhan parti tersebut, tapi kita harus menghormati keputusan ini dengan baik.

Penyokong PKR juga tidak seharusnya rasa dibohongi dengan pengumuman ini kerana kita harus menerima kenyataan bahawa apa juga keputusan yang dibuat pimpinan, ia sudah pasti untuk kebaikan semua ahli.