Tuesday, April 8, 2014

Pembatalan Topless Beach Party Cubaan Meng'Arab'kan Malaysia


Kerajaan Malaysia hari ini dikecam hebat kerana secara terburu-buru, telah membatalkan acara bertaraf antarabangsa, Topless Beach Party yang sepatutnya diadakan di kelab The Pool, Jalan Ampang pada hari Jumaat nanti.  

Acara yang memerlukan setiap pengunjung memakai bikini (perempuan) dan seluar pendek (lelaki) itu, telah mendapat surat arahan pembatalan yang dikeluarkan oleh kerajaan atas campur tangan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kenapa JAKIM?  Sebab dikatakan sejak kejadian 6 remaja mati dalam satu konsert rock yang diadakan di Bukit Jalil bulan lepas, JAKIM telah diberikan kuasa untuk meneliti setiap acara hiburan bertaraf antarabangsa yang diadakan di negara ini.

Bagaimanapun rakyat Malaysia membantah keputusan JAKIM untuk membatalkan program ini kerana ia bukanlah konsert secara besar-besaran seperti mana yang dianjurkan di Bukit Jalil.

Ia hanyalah satu acara di kawasan tertutup yang memerlukan para pengunjung tidak mengenakan apa-apa pakaian dibahagian atas, bertujuan untuk bergembira dan mempromosikan tahun Melawat Malaysia 2014 yang juga satu program rasmi kerajaan.

Pakatan Rakyat yakin, majoriti pengunjung yang hadir nanti adalah terdiri dari orang bukan Islam dan tidak seharusnyalah hak mereka untuk mengenakan pakaian separuh bogel (atau berbogel sekalipun), disekat oleh kerajaan Malaysia melalui JAKIM.

JAKIM tidak ada kuasa ke atas orang bukan Islam, tapi dalam hal ini, pandangan dari JAKIM telah menyebabkan program tersebut dibatalkan oleh kerajaan - secara tidak langsung menjadikan orang bukan Islam juga tertakluk dibawah bidang kuasa JAKIM.

Tak betul tu.

Keputusan JAKIM ini seolah-olah satu cubaan BN/UMNO menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Arab, dimana semua rakyat perlu mematuhi undang-undang Islam.  Pakatan Rakyat nak mengingatkan, Malaysia adalah sebuah negara sekular, program seperti ini tidak harus dibatalkan kerana tidak menyalahi undang-undang negara.

Maka itu, Pakatan Rakyat menyokong hasrat penganjur program untuk membawa kes ini ke Mahkamah kerana pembatalan tersebut telah menyebabkan mereka kerugian besar.  Promosi telah dijalankan, tiket-tiket juga telah dijual, tapi terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana arahan JAKIM.

Sudah tentu bila bercakap tentang khidmat guaman, Pakatan Rakyat akan memberikan bantuan dimana yang perlu.