Apa rasionalnya bagi seorang Setiausaha Agung PKR seperti Saifuddin Nasution memberikan temuramah kepada akhbar milik UMNO, New Strait Times (NST) berkaitan usahanya untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR bersama-sama 5 calon yang lain?
Inilah persoalan yang sedang meniti bibir setiap ahli PKR dan penyokong Pakatan Rakyat bila temuramah tersebut mula disiarkan hari ini. Apakah keuntungan yang Pakatan Rakyat dapat dari temuramah dengan media yang sudah digazetkan sebagai antara musuh utama Pakatan Rakyat seperti NST?
Tambah lagi bila Saifuddin juga menggunakan peluang temuramah tersebut untuk memburuk-burukkan calon-calon Timbalan Presiden yang lain, terutama Tan Sri Khalid Ibrahim dan penyandang, Azmin Ali.
Kononnya kata Saifuddin, penyertaannya dalam pertandingan itu adalah bagi menyelesaikan perbalahan antara Khalid dan Azmin yang digambarkan sebagai (walaupun tidak disebut secara terus terang), menjadi liabliti kepada parti.
Siapa Saifuddin untuk berkata demikian atau memberi gambaran jahat seperti itu?
Menurut pungutan pendapat yang aku perolehi daripada ahli-ahli PKR peringkat akar umbi, Saifuddin bukanlah calon yang menjadi pilihan. Pertandingan kali ini sebenarnya didominasi sepenuhnya oleh Azmin Ali hampir kesemuanya, Khalid yang dikatakan calon pilihan yang satu lagi itupun, tidak mempunyai kekuatan sokongan seperti Azmin.
Jika itu kurang jelas, gambarkan pertandingan kali ini serupa dengan pertandingan Ketua Pemuda UMNO dimana Khairy Jamaludin mendominasi hampir 100% undi dari perwakilan pemuda bahagian, walaupun dicabar 5 calon yang lain.
Anak Sanusi Jonid, Akramshah yang kononnya menjadi saingan hebat kepada Khairy itupun, tidak mendapat satu undi dari bahagian, termasuk bahagian di negeri dimana dia berasal dan bapanya mempunyai pengaruh yang kuat, Kedah.
Keadaan hampir sama berlaku dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR. Mungkin Khalid megah kerana datang dengan diiringi beratus-ratus penyokong semasa hari pencalonan, tapi percayalah, itu sahajalah penyokong Khalid Ibrahim yang ada pun dan akan mengundi beliau dalam pemilihan nanti.
Berapa kerat sangat?
Itu bercakap tentang Khalid. Sekurang-kurangnya Khalid masih membuktikan sesuatu apabila menang DUN Pelabuhan Klang dan mengekalkan Parlimen Bandar Tun Razak serta jawatan Menteri Besar Selangor.
Berbanding dengan Saifudin yang tewas di Parlimen Kulim-Bandar Bharu di tangan Datuk Aziz Sheikh Fadzir dalam PRU13 yang lepas.
Maka itu, Saifuddin seharusnya malu dan mengambil tanggungjawab besar atas tindakannya menggunakan media musuh untuk memburukkan rakan seperjuangan sendiri dalam menghadapi pemilihan yang dia sudah pasti akan kalah, dengan meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung dan menarik diri dari pertandingan Timbalan Presiden PKR ini.
Jika enggan, ahli PKR di seluruh negara perlu menolak adik kepada bekas Setiusaha Politik Najib Tun Razak ini secara total. Kalau dah bersaudara dengan orang UMNO, inilah masalahnya, bawa sial!!!