Monday, May 19, 2014

Nabi Bux bohongi rakyat, kata Wong Hon Kai

Nabi Bux II
PETALING JAYA: Calon Bebas dalam PRK Bukit Gelugor, Mohamed Nabi Bux telah membohongi rakyat dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahukan Hudud dilaksanakan di Pulau Pinang

Menurut Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wong Hon Wai, calon Bebas itu gagal menunjukkan sebarang bukti yang menyatakan Lim Guan Eng menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia.
“Kenyataan yang dikeluarkan pada 18 Mei lalu bertempat di Taman Tun Sardon, tidak benar sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.

Menurutnya lagi, Lim Guan Eng berkali-kali menegaskan kerajaan DAP Pulau Pinang tidak bersetuju terhadap sebarang pelaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang.
“Atas kapasiti beliau sebagai Ketua Menteri dan Setiausaha Agung DAP, beliau tidak menyokong pembentangan rang undang-undang di Parlimen tentang perlaksanaan hudud di Kelantan,” katanya lagi.
Beliau menambah Lim Guan Eng pernah menegaskan bahawa pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan Pas-DAP-PKR.
Sehubungan itu, Wong menggesa agar para pengundi Bukit Gelugor menolak pencalonan Mohamed Nabi Bux memandangkan kenyataan beliau berbaur fitnah terhadap Lim Guan Eng.