Monday, May 19, 2014

PAS Tetap Sayang DAP Walaupun Tentang Hudud


Sokongan tidak berbelah bahagi PAS terhadap pencalonan Dyana Sofya Daud dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, begitu memberansangkan sekali.

Ini setelah begitu ramai pemimpin PAS dilihat memberikan sokongan terbuka terhadap pencalonan Dyana walaupun jelas bakal ahli Parlimen Teluk Intan itu secara terbuka mengumumkan tidak akan menyokong sistem perundangan karut seperti hudud yang dicadangkan PAS.

Antara yang jelas menyokong ialah ADUN Batu Burok Terengganu, Dr. Syed Azman melalui mesej Twitternya yang secara terangan menyokong dengan tidak berbelah bahagi pencalonan Dyana di Teluk Intan.

Mungkin pada pandangan mata sesetengah orang, sokongan Dr. Syed Azman ini agak mengelirukan berikutan kehadiran Dyana di Parlimen nanti tidak akan mengubah status penentangan DAP terhadap cadangan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Dyana sebelum ini secara terbuka telah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mengundi menyokong hudud di Parlimen sekirannya perkara tersebut dibawa masuk untuk perbahasan pada Oktober nanti.

Sebetulnya tidak ada apa yang mengelirukan mengenai sokongan Dr. Nasir ini kerana kita tahu, dalam apa keadaan pun PAS perlu akur kepada kekuatan DAP di Parlimen.  Dengan 38 kerusi Parlimen, berbanding PAS hanya 21 kerusi, sudah jelaslah siapa yang lebih hebat dan siapa yang tidak.

PAS tidak ada pilihan lain melainkan akur dengan kekuatan DAP, apatah lagi fakta juga membuktikan, PAS berjaya di beberapa kerusi DUN/Parlimen kawasan bandar adalah kerana sokongan 90% pengundi cina terhadap parti tersebut.

Tambahan lagi, PAS juga sedang berpecah antara kepimpinan ulama dan golongan liberal yang sudah mula menguasai parti tersebut dari dalam.  Golongan liberal ini nampaknya lebih menerima sokongan berbanding kelompok ulama yang sudah mula masuk kategori ketinggalan zaman.

Justeru, Pakatan Rakyat berharap lebih banyak sokongan seumpamanya dapat ditejermahkan dalam bentuk kempen menyokong pencalonan Dyana di Teluk Intan.  Ini penting bagi memastikan DAP mendapat majoriti lebih besar, terutama dari 37% pengundi Melayu di parlimen tersebut.