Tuesday, June 24, 2014

Al-Kitab: Keputusan diketahui esok

CFM Malaysia Alkitab
PETALING JAYA: Keputusan untuk tindakan lanjut terhadap kitab Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hanya akan diketahui esok, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor Arfaezah Aziz petang ini.

Katanya, pihak penasihat undang-undang telah mendapat nasihat daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail namun pihak pejabat Menteri Besar masih belum diberitahu keputusan tersebut.
“Kita masih belum mengetahui keputusan tersebut dan dijangka akan diketahui esok,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor itu menyatakan sebarang keputusan mengenai tindakan lanjut terhadap Al-Kitab dan Bup Kudus yang dirampas oleh Jais akan diketahui pada Isnin (hari ini).
Khalid juga berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak, terutamanya daripada Sultan Selangor, Abdul Gani Patail dan juga barisan exco kerajaan negeri Selangor.
Pada 2 Januari lepas, Jais telah menyerbu pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) di Petaling Jaya dan merampas sebanyak 300 buah kitab Bible Bahasa Melayu dan Iban dalam usaha menyekat penyalahgunaan kalimah Allah yang didakwa bercanggah dengan Enakmen bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Bukan Islam) 1988.