Tuesday, June 24, 2014

JPP: Kongres PKR selepas Syawal


  • Datuk Johari Abdul Datuk Johari Abdul
 1 / 1 
PETALING JAYA - Kongres PKR dijangka bakal diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Johari Abdul.

Beliau menambah, selepas kongres itu, PKR akan menetapkan agenda yang lebih besar.

"Insya-ALLAH kita akan sambut bulan Ramadan 29 Jun ini dengan harapan kita boleh sambut Ramadhan kemudian Syawal. Kita tutup bab ini dan bergerak ke hadapan.


"Saya berharap Kongres akan ditetapkan sebaik saja Syawal...mungkin. Kemudian kita akan menetapkan agenda yang lebih besar daripada ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, meskipun kecewa dengan insiden yang berlaku di Kuala Langat dan Kota Raja ketika pemlihan semula parti itu, pihaknya berharap dapat melakukan yang terbaik pada pemilihan yang akan datang.

"Jadi kita harap walaupun kita kecewa dengan dua insiden di Kuala Langat dan Kota Raja, kita akan buat yang terbaik.

"Pada masa ini, kita dah kenal pasti dan ambil tindakan dan kita akan terus ambil tindakan," katanya.

Sementara itu, dalam sidang media sama, beliau mengumumkan 15 cabang PKR yang bermasalah di Sabah, Sarawak dan Semenanjung bakal mengadakan pemilihan semula, Sabtu ini.

"Kita ada lima cabang di Sabah, lima cabang di Sarawak dan lima cabang di Semenanjung.

"Ini yang terakhir. Tidak ada lagi pemilihan selepas ini," katanya.