Tuesday, June 24, 2014

Malaysia jadi pusat pemerdagangan manusia






KUALA LUMPUR:Malaysia antara negara paling teruk menjalankan aktiviti perdagangan manusia, kata Laporan Pemerdangangan Manusia 2014 oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.

Laporan yang dikeluarkan Washington DC pada 20 Jun lalu meletakkan Malaysia di Senarai Pemerhatian Tahap 3.

"Malaysia antara negara yang diturunkan status kepada tahap paling rendah (Tier 3) kerana tidak mematuhi sepenuhnya piawaian minimum bagi penghapusan aktiviti pemerdagangan manusia.

"Malaysia turut diletakkan di antara negara yang paling tidak mempunyai undang-undang, bersifat menindas dan tidak berfungsi di dunia," Laporan Pemerdagangan Manusia 2014 Jabatan Negara Amerika Syarika dipetik baru-baru ini.

April lalu, penggubal undang-undang Amerika Syarikat menggesa pentadbiran Presiden Obama menghukum negara-negara yang tidak mengendahkan aktiviti pemerdagangan manusia termasuk Thailand, Myanmar dan Malaysia sendiri.

Laporan itu juga mendapati Malaysia telah membuat usaha-usaha yang tidak mencukupi bagi mengatasi permasalahan itu dan pengurangan jumlah kes yang disiasat pada tahun 2013 berbanding tahun 2012.

“Negara-negara terlibat juga boleh kehilangan bantuan dari Amerika Syarikat daripada segi bantuan bukan kemanusiaan dan bukan berkaitan dengan perdagangan, dan seterusnya mungkin menghadapi tentangan untuk mendapatkan bantuan daripada institusi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia,” tegas laporan itu. - KeadilanDaily