Tuesday, June 17, 2014

Baca Doa Sebelum Penerbangan Amalan Taliban


Arahan Kementerian Pengangkutan kepada semua juruterbang pesawat MAS agar membaca doa setiap kali penerbangan, adalah satu arahan paling bodoh pernah dikeluarkan mana-mana kerajaan ke atas syarikat penerbangan miliknya.

Perkara ini terdedah di Parlimen dalam jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan kepada soalan ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuki Shaary semalam.

Nampak bodoh benarlah arahan itu.

Pakatan Rakyat katakan bodoh kerana dengan statistik yang menunjukkan punca terbesar kapal terbang terhempas adalah disebabkan oleh kecuaian manusia atau kegagalan mekanikal/elektrikal pesawat, dengan apa cara doa mampu menghalang tragedi dari berlaku?

Inilah persoalannya sekarang, jadi apa kewajaran Kementerian Pengangkutan mengeluarkan arahan seperti itu?

Menurut kajian, hanya syarikat penerbangan Afganistan, Ariana Afghan Airlines sewaktu dibawah pentadbiran Taliban sahaja yang mewajibkan setiap juruterbang pesawat itu membaca doa sebelum berlepas.

Tidak ada satu negara lain di dunia ini yang pernah mengeluarkan arahan seperti itu, walaupun di negara yang mengamalkan hudud seperti Arab Saudi dan Brunei.

Cukup memalukan bila Malaysia menjadi negara kedua selepas Afghanistan yang mengeluarkan arahan tidak masuk akal seperti ini dalam usaha pentadbiran Najib menghalang insiden seperti MH370 dari berlaku lagi.

Tercetus juga difikiran, apakah arahan seumpama ini, adalah satu cara pentadbiran Najib nak menjadikan Malaysia ini sebagai negara Taliban kedua?  Bawa pesawat nak kena baca doa, makan nak kena baca doa, itu doa, ini doa, macam sudah tidak ada kerja lain.

Bila fikir-fikirkan, kalau tidak kerana beberapa kekangan, dah lama aku angkut keluarga, saudara mara dan sahabat handai untuk tinggalkan negara ni dan jadi rakyat di negara lain, malulah bila orang luar tanya kenapa kerajaan BN ni bodoh macam itu sangat?

Adakah patut, nak elak bencana seperti MH370 dari berulang, disuruh juruterbang baca doa, betul-betul bodoh punya arahan.

Terima kasihlah kepada ahli parlimen PAS dari Bachok kerana berjaya mendedahkan kebodohan Kementerian Pengangkutan.  Entah apa yang bermain di kepala Pemangku Menteri Pengangkutan sehingga bagi arahan yang jelas tak masuk akal dan memalukan Malaysia di mata dunia sahaja.