Monday, June 9, 2014

Dua MP baru angkat sumpah, dewan turut bertafakur


KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen baru masing-masing Ramkarpal Singh (DAP- Bukit Gelugor) dan Datuk Mah Siew Keong (BN- Teluk Intan) mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pagi ini.

Kedua-dua mereka baru sahaja memenagi pilihan raya kecil masing-masing pada 25 dan 31 Mei lalu.

Sementara itu, Dewan Rakyat juga turut sunyi seketika sebagai menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan pemergian bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan Ahli Parlimen Teluk Intan Seah Long Peng.


Ramkarpal Singh memenangi PRK Bukit Gelugor dengan majoriti 37,659 undi manakala Mah menewaskan calon DAP Dyana Sofya dengan majoriti tipis 238 undi. - HARAKAHDAILY 9/6/2014