Tuesday, June 24, 2014

Hudud Tidak Akan Dilaksanakan Jika Anwar Jadi PM


Isu hudud terus menghantui Pakatan Rakyat, walaupun telah berulang kali disebutkan bahawa tindakan PAS mahu memperkenalkan undang-undang itu di Kelantan, tidak ada kena mengena sama sekali dengan Pakatan Rakyat.

Memang perkara ini kurang dibincangkan di kalangan orang Melayu tapi ia sedang hebat diperkatakan di kalangan orang cina.  MCA dan Gerakan sedang bermati-matian mempolitikkan soal perlaksanaan hudud di Kelantan dan kekalahan DAP di Teluk Intan adalah buktinya.

Katanya, keputusan orang cina memberi undi yang terlalu banyak kepada DAP adalah satu kesilapan kerana DAP tidak mampu menghalang PAS untuk melaksana hudud di Kelantan.  Apa jaminan DAP akan berjaya menghalang PAS melaksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat menjadi kerajaan di peringkat persekutuan nanti?

Baru-baru ini, Speaker DUN Selangor dari DAP juga gagal menolak usul hudud yang dikemukakan oleh seorang ADUN BN di negeri itu.  Nasib baik campur tangan MCA berjaya menghalang usul itu dari diteruskan.  

Untuk menjawab persoalan ini, memang benar PAS adalah komponen Pakatan Rakyat tapi kerjasama yang termaktub hanya melibatkan antara DAP, PKR dan PAS Pusat bukan PAS Kelantan.  

Walaupun PAS Kelantan adalah sebahagian dari PAS Pusat juga, tapi perkara ini agak rumit nak dijelaskan bagaimana sebab nampak keliru sikit. Yang penting, Pakatan Rakyat tidak ada kena mengena, itu saja yang semua rakyat perlu tahu.

Tentang DAP, tidak ada apa yang perlu dibimbangkan kerana DAP secara umumnya boleh menghalang PAS dari melaksanakan hudud di negara ini, cuma masalah di Kelantan, DAP tidak mempunyai wakil dalam DUN negeri itu bagi membolehkan pandangan orang cina dibawa masuk.

Untuk menguatkan lagi hujah bahawa Pakatan Rakyat menolak hudud 100%, disahkan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri nanti, hudud tidak akan menjadi sebahagian dari apa-apa dasar yang dilaksanakan Pakatan Rakyat diseluruh negara.

Jaminan itu seharusnya sudah cukup baik untuk melegakan perasaan pengundi cina yang bimbang hudud akan dilaksanakan juga pada satu hari di negara ini.