Tuesday, June 24, 2014

Pergaduhan Dalam PKR Perkara Biasa

Beberapa siri pergaduhan sehingga menumpahkan darah dalam proses pemilihan semula PKR di beberapa cabang baru-baru ini, sebetulnya bukanlah satu keadaan yang buruk pun seperti mana tanggapan banyak pihak.

Pergaduhan macam itu biasalah dalam mana-mana pemilihan parti di Malaysia ini.  Ia bukan hanya berlaku semasa PKR, malah ia turut berlaku dalam pemilihan UMNO, MIC (lagi teruk), MCA dan sebagainya sehingga khabarnya ada yang menyebabkan kematian!!

Ini banyak berlaku pada tahun-tahun 60-an dan 70-an dulu.

Sedangkan apa yang berlaku dalam PKR ini masih lagi dalam tahap yang boleh dikatakan biasa sebab belum ada sesiapa yang menemui ajal lagi, hanya cedera ringan dan berdarah sana sikit sini sikit.
Tidak seharusnyalah satu dua kejadian terpinggir seperti ini dijadikan alasan untuk mengatakan bahawa PKR adalah parti samseng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mampu mengawal ahli parti tersebut dari bergaduh sesama sendiri kerana tidak berpuas hati semasa pemilihan diadakan.

Pihak yang sepatutnya memikul tanggungjawab ini ialah Datin Seri Wan Azizah Ismail yang sudah disahkan sebagai Presiden PKR setelah Anwar menarik diri dari persaingan jawatan itu akibat hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan kerana kesalahan meliwat Saiful Bukhari secara paksa.


Wan Azizah yang nampaknya sekarang gagal mengawal parti dengan baik sehingga berlaku banyak penyelewengan dalam proses pengundian di beberapa cabang, terutama di Selangor.  Ketidakpuasan hati sesetengah pihak ke atas penyelewengan ini telah menyebabkan ada ahli yang hilang sabar dan mengamuk.

Sebaliknya, calon Timbalan Presiden Azmin Ali pula yang menjadi kambing hitam sehingga ada ura-ura Jawatankuasa Disiplin PKR nak memanggil beliau untuk menjawab beberapa tuduhan palsu yang dikenakan.  

Entah dimana silapnya sehinggakan Azmin perlu memikul semua masalah ini sedangkan beliau masih belum disahkan sebagai Timbalan Presiden PKR yang baru lagi, yang baru sah jawatan hanyalah Wan Azizah.

Hakikatnya, ketika kempen bermula, kemenangan Azmin sudah hampir pasti tapi permainan kotor pesaing-pesaingnya yang lain telah menyebabkan semua kekecohan ini.  Salah seorang dari mereka, Tan Sri Khalid Ibrahim diketahui adalah proksi kepada Wan Azizah.

Wan Azizah seharusnya tampil dengan penjelasan kenapa semua kekecohan ini boleh berlaku.