Tuesday, June 24, 2014

Pemilihan semula PKR berakhir 28 Jun


 1 / 1 
PETALING JAYA - Pemilihan semula PKR bagi beberapa cabang yang ditangguhkan sebelum ini, dijangka berakhir sepenuhnya 28 Jun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Johari Abdul.

Menurutnya, antara yang akan menjalani pemilihan semula pada tarikh tersebut ialah lima cabang di semenanjung dan masing-masing lima cabang di Sabah dan Sarawak.

““Keputusan bagi pengundian kesemua cabang seluruh negara akan diumumkan selewat-lewatnya pertengahan Julai,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, semalam.


Johari berkata, bagi pengundian semula beberapa cabang seperti ditetapkan sepanjang 1 hingga 22 Jun lalu diputuskan telah selesai dan berjalan dengan lancar.

Beliau berkata, kesemua peti undi di Semenanjung Malaysia akan dibawa ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya untuk proses pengiraan, manakala peti undi di Sabah akan dibawa ke Kota Kinabalu, manakala di Sarawak akan dibawa ke Kuching untuk proses pengiraan.

Ujarnya lagi, bagi pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan, mereka akan diberikan ruang untuk melakukan rayuan terakhir di peringkat Jawatankuasa Rayuan Pemilihan Pusat.

Beliau berkata, Jawatankuasa Rayuan tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan sebaliknya hanya boleh bertindak menasihati Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang baharu untuk sebarang tindakan