Sunday, June 22, 2014

Wong Hong Leng Bukan Mati Tapi 'Dimatikan'?


Pakatan Rakyat tidak terkejut dengan kematian ADUN Bukit Assek, Wong Hong Leng pagi tadi akibat barah otak yang dihidapinya.  Menurut sumber, sejak dihantar balik dari Hospital Mount Elizabeth, Singapore April lepas, mendiang secara klinikalnya telah diisytiharkan mati.

Artikel berkenaan boleh dirujuk disini.

Menurut maklumat dari keluarga terdekat yang Pakatan Rakyat dapat, hidupnya selama itu adalah bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan hayat dan bila suis dimatikan, Hong Leng mati secara rasmi.  Itu yang dikatakan disini kematian Hong Leng tidak mengejutkan sesiapa.


Pakatan Rakyat telah menjangka lama bahawa Hong Leng akan mati pada bulan ini kerana kebetulan, inilah bulan dimana DUN Sarawak mencapai tempoh matang dan dengan itu sebarang kekosongan tidak perlu diadakan pilihanraya kecil.

Menurut undang-undang, mati secara klinikal tuidak boleh dianggap kematian secara rasmi dan dengan itu kekosongan kerusi Bukit Assek tidak boleh diisytiharkan.

Jadi kalau ada sesiapa yang mengatakan kematian Hong Leng pada hari ini memang dirancang, jangan dimarahkan orang itu kerana dia mungkin ada asas untuk berkata demikian.

Pihak mana yang merancang kematian Hong Leng pada hari ini supaya Pilihanraya kecil tidak perlu diadakan, kita tidak pasti tapi sekadar makluman, kerajaan Sarawak ada menghulurkan bantuan sebanyak RM 1 juta kepada Hong Leng - kononnya atas dasar kemanusiaan.

Berita berkenaan boleh dirujuk disini.

Yang bagi curiga pada Pakatan Rakyat, sejak bila BN (yang memerintah Sarawak) ini ada perasaaan kemanusiaan ke atas wakil rakyat pembangkang?  Rakyat pun BN selalu zalimi, ini nak bagi wang berjuta-juta tanpa sebab munasabah kepada wakil pembangkang?

Pakatan Rakyat rasa, berkemungkinan wang itu untuk membiayai kos penggunaan mesin bantuan hayat mendiang supaya kematian itu boleh dilewatkan dan dengan itu pilihanraya kecil tidak perlu diadakan.

Ini bukan mustahil kerana BN Sarawak sedang berpecah dengan kewujudan parti TERAS, dalam masa yang sama Ketua Menteri baru, Adenan Satim juga belum ada kekuatan yang cukup untuk memimpin satu pilihanraya kecil diadakan dalam tempoh terdekat.

Itu saja yang boleh disampaikan, apa yang lain terpulang pada firasat masing-masing.