Kehadiran Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dalam jamuan berbuka puasa anjuran UMNO negeri itu semalam, katanya berlaku secara spontan. Menurut sumber UMNO Selangor, tidak ada jemputan rasmi untuk Khalid dalam majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri Najib Tun Razak.
Jika kehadiran ini berlaku pada saat yang biasa, semua penyokong Pakatan Rakyat tidak akan ada masalah. Tapi semua orang tahu sekarang Khalid sedang berhadapan dengan krisis kepimpinan yang paling buruk di negeri itu dan kehadiran Khalid dalam majlis anjuran UMNO, sudah tentu menimbulkan tanda tanya.
Begitupun, itu masih tidak mengapa lagi, mungkin kehadiran Khalid ke majlis berbuka puasa itu adalah atas kapasitinya sebagai orang Islam kelaparan yang mahu makan selepas penat berpuasa seharian.
Yang menjadi musykil kepada kita semua sekarang ialah, Khalid turut dilapor mengadakan pertemuan sulit bersama Najib selama 10 minit di satu bahagian bilik tingkat bawah Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong tempat majlis itu diadakan semalam.
Apa yang dibualkan Khalid dan Najib dalam bilik itu? Dan kenapakah mesti berjumpa secara tertutup di tengah-tengah majlis yang diadakan secara terbuka?
Inilah yang menimbulkan persoalan sekarang.
PKR sudah seharusnya boleh memberi surat tunjuk sebab kepada Khalid untuk memberi peluang kepadanya menjelaskan kepada parti kenapa pertemuan itu diadakan tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu.
Kita semua nak tahu apakah yang dibualkan antara 2 orang ini sebab kita bimbang Khalid mengambil kesempatan dari pertemuan itu untuk mendedahkan keburukkan pimpinan PKR seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah dan paling kritikal, Azmin Ali.
Atau Khalid sedang membuat kira dengan UMNO untuk menyelamatkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor. Kita tahu Khalid sudah mendapat sokongan beberapa orang ADUN PKR dan PAS yang mana kalau dicampur dengan 12 ADUN BN, akan mengekalkannya di kerusi Menteri Besar.
No comments:
Post a Comment