Wednesday, July 2, 2014

Diplomat Cabul Wanita NZ: Anifah Wajib Letak Jawatan!!

Pakatan Rakyat hari ini menggesa Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman agar segera meletakkan jawatan kerana kegagalan menguruskan isu jenayah (pecah rumah & cabul) yang didakwa dilakukan seorang diplomat Malaysia berpangkat rendah sehingga menjejaskan hubungan Malaysia dengan New Zealand.

Dalam hal ini Pakatan Rakyat melihat pegawai tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana status sebagai diplomat memberikan imuniti kepadanya daripada sebarang pendakwaan jenayah di negara dimana dia ditugaskan.

Yang salah ialah Anifah Aman kerana gagal menarik balik imuniti diplomat berkenaan walaupun kerajaan New Zealand telah beberapa kali meminta dengan baik dengan menggunakan semua saluran yang ada.

Memang diplomat berkenaan dihantar bertugas oleh Kementerian Pertahanan, tapi setakat itu sajalah peranan mereka, selepas dari itu, semuanya berada dibawah tanggungjawab Anifah Aman kerana dia adalah Menteri Luar.

Selain itu, persoalan yang turut timbul ialah, kenapa Anifah menyimpan cerita ini sehingga lebih sebulan kerana menurut kerajaan New Zealand, kejadian cabul ini telah berlaku pada bulan Mei lagi!!

Walaupun kes seumpamanya jarang berlaku, tidak seharusnyalah Anifah menyimpan rahsia ini dan berharap ia akan hilang diterbang angin.  Agaknya sudah menjadi kebiasaan di kalangan pemimpin BN untuk menyimpan cerita-cerita yang sebegini.

Pakatan Rakyat turut mempersoalkan kenapa diplomat berkenaan dibicarakan di negara ini bagi kesalahan yang dilakukannya di New Zealand, Mahkamah Tentera pulak tu!!  Dengan apa cara keadilan boleh dicapai kalau mangsa dan penyiasat tidak boleh memberi keterangan kerana perbicaraan diadakan di negara ini?

Mungkinlah Anifah menjawab saksi dan semua yang berkenaan boleh diterbangkan disini, tapi siapa yang nak menanggung kos perjalanan mereka?  Takkan duit rakyat lagi?  Walhal tidak perlu pun kalau Anifah tarik imuniti diplomat berkenaan.

Semua ini memang melayakkan Anifah Aman untuk dipecat serta merta dari jawatan Menteri Luar.  Najib perlu berani mengambil tindakan ke atas Menterinya yang gagal berfungsi dengan baik seperti dalam kes sekarang.