Saturday, August 23, 2014

Hadi Ialah Syaitan Yang Dimaksudkan Shamsul Iskandar


Banyak pihak tertanya-tanya, siapakah Syaitan yang dimaksudkan Naib Presiden baru PKR, Shamsul Iskandar Akin dalam ucapan dasar terakhirnya sebagai Ketua Pemuda PKR dalam Kongres tahunan parti itu semalam.

Shamsul mendakwa, dalam menangani krisis Menteri Besar Selangor, ada bisikan-bisikan syaitan yang mahu Pakatan Rakyat berpecah.

Aku suka nak mengesahkan disini, yang dimaksudkan Shamsul sebagai syaitan itu ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Hakikat ini perlu diakui semua orang, selain Khalid Ibrahim, Hadi juga adalah orangnya yang menyusahkan proses peralihan kuasa di Selangor apabila membuat keputusan menyebelahi Menteri Besar Selangor itu.

Jika Hadi istiqamah dengan perjuangan Pakatan Rakyat serta menyokong pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Ismail, sudah tentu masalah ini tidak akan timbul dari mula dan Pakatan Rakyat tidak dilihat sampai berpecah belah.

Dalam kita masih memerlukan PAS bersama-sama Pakatan Rakyat, Hadi dan barisan pemimpin dalam Majlis Syura Ulama, perlu dibuang dari parti itu.  Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu boleh mengambil tanggungjawab yang dimainkan Hadi pada bila-bila masa sahaja.


7 comments:

mansor said...

kelihatannya bukan shamsul yang syaitan tapi penulis artikel ini jelas syaitan seperti dinyatakan dalam surah annas...

Anonymous said...

Yang membuat andaian itulah sebenarnya syaitan

Anonymous said...

Tulisan daripada hasutan syaitan...

Anonymous said...

Jangan harap laaa.......

Unknown said...

saya tak percaya ini ucapan syamsul, tambahab pula sangat menghormati TGH, kalau betul terus teranglah..

Unknown said...

saya percaya ini blog sampah...sebab tu komen ditapis

Anonymous said...

Saya harap blog nie disekat. banyak yang negatif