Saturday, August 9, 2014

Khalid perlu berundur demi rakyat Selangor

sivarasa
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor kerana tidak lagi mendapat sokongan majoriti daripada ADUN-ADUN di Selangor.

Tambah beliau, Khalid tidak lagi memenuhi syarat untuk menjadi MB Selangor dan beliau patut meletak jawatan serta merta.
“Pemecatan Khalid dari parti tidak akan memberi kesan kepada kedudukan EXCO di Selangor.

“Mereka  akan menjalankan tugas seperti biasa dan akan menerima arahan yang seterusnya daripada PR,” katanya dalam satu sidang media di Pejabat PKR.
Tambah beliau, surat peguam daripada Khalid telah diterima namun setelah meneliti surat berkenaan didapati tidak relevan kerana tiada tujuan menjawab pertuduhan.
“Khalid telah melanggar arahan daripada parti kerana jawapan yang diberikan menunjukkan Khalid tetap tidak mahu berundur.
“Kita telah beri banyak peluang untuk beliau menjawab tuduhan daripada parti. Kita tidak ada keperluan untuk menagguhkannya lagi,” ujarnya.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, pemecatan Kalid dari keahlian parti juga adalah kerana sifat ingkarnya untuk menerima arahan daripada parti bagi melepaskan jawatan sebagai MB.
Sebelum ini Majlis Pimpinan Pusat PKR telah memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor yang baharu.
“Satu usul undi tidak percaya untuk MB Selangor berundur  masih belum berlaku.
“Khalid juga telah diberi peluang yang banyak kerana parti telah memaklumkan sejak 6 bulan lalu  iaitu pada 15 Januari 2014,” katanya.
PR juga akan menjalankan tugas seperti biasa.
“Khalid juga diberi tempoh 14 hari daripada tarikh pemecatannya untuk membuat sebarang rayuan,” katanya lagi.
Apabila ditanya samaada pemecatan Khalid ini akan memberi kesan kepada Selangor, Saifuddin menegaskan Khalid harus setuju untuk berundur supaya proses penukaran MB berjalan dengan lancar.
“Jika Khalid sayang kepada rakyat Selangor, beliau perlu berundur,” katanya.

No comments: