Friday, August 22, 2014

Krisis Tak Melemahkan Tapi Mengukuhkan PKR

  • Azmin Ali Azmin Ali
 1 / 1 
SHAH ALAM - PKR tidak melihat pergolakan politik PR khususnya di Selangor sebagai krisis sebaliknya ia merupakan peluang kepada perikatan itu untuk memperkuatkan kerajasama politik antara Pas dan DAP.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, krisis pertukaran Menteri Besar Selangor perlu dilihat dengan positif dan ia tidak sesekali melemahkan PR.

"Dalam krisis itu kita lihat sebagai peluang dan bukannya kelemahan dengan melakukan muhasabah.


"Saya percaya kita (PR) akan muncul lebih bertenaga dalam PRK Pengkalan Kubor," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut pergolakan politik di Selangor yang dilihat sebagai kelemahan pengurusan PKR untuk menyingkir Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Dalam pada itu, Azmin menegaskan ahli dan pimpinan parti itu perlu patuh dan menghormati keputusan parti khususnya dalam isu pertukaran Menteri Besar Selangor itu.

"Ganti tetap ganti, kita kena ganti dengan seseorang yang lebih baik dan kita telah menyatakan bahawa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal kami," katanya lagi.

No comments: