Tuesday, August 19, 2014

Majlis Syura PAS Tiada Halangan Wanita Jadi MB


Walaupun Majlis Syura PAS masih berkeras mahu Azmin Ali disenarai pendek bersama nama Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru, tapi yang pasti, PAS sudah boleh menerima wanita sebagai Menteri Besar.

Sebagai parti yang berpaksikan kepada perjuangan Islam, peranan wanita memang kecil dalam PAS, setakat jadi wakil rakyat dan jawatan-jawatan tidak penting dalam parti sahaja, lebih dari itu tidak boleh (kelas kedua).

Jawatan-jawatan besar seperti kerusi dalam Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat masih dimonopoli lelaki (atau semuanya lelaki).

Itupun masih terkebelakang kalau nak dibandingkan dengan PKR dan DAP.  PKR umpamanya melantik seorang wanita sebagai Presiden yang kebetulan adalah isteri kepada Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

DAP pula telah melantik wanita sebagai Naib Presiden walaupun jawatan Setiausaha Agung, Pengerusi dan Penasihat parti masih dipegang lelaki.

Jadi, penerimaan seorang Menteri Besar wanita oleh Majlis Syura Ulama (disebalik kedegilan mencalonkan Azmin) adalah satu perkara besar yang berlaku dalam PAS.  Mungkin sudah tiba masanya parti itu diliberalisasikan lagi dengan lebih ramai wanita diberi peluang memegang jawatan penting dalam parti.

Mungkin ramai tidak tahu, beberapa tahun dulu, wanita dalam PAS tidak layak jadi calon pilihanraya pun serta tidak dibenarkan membaca al-Quran secara terbuka kerana suara ialah aurat (hak suami) katanya.

Sebab itu PAS perlu kekal bersama Pakatan Rakyat supaya parti itu boleh diubah dengan lebih drastik lagi.  Ada dikalangan orang Islam hari ini telah menerima wanita menjadi imam sembahyang kepada orang lelaki pun, apa yang susah sangat nak melantik wanita ke dalam badan penting seperti Majlis Syura Ulama?

Ulama tak semestinya lelaki, asal cukup ilmu dan pengalaman, wanita pun boleh.  Kita berharap satu masa nanti, PAS akan ada seorang Mursyidul Am dari kalangan wanita.

2 comments:

Anonymous said...

apa yang dengar dari mulut ust azhar idrus .. kaum wanita TIDAK LAYAK DI LANTIK SEBAGAI KETUA ..

Anonymous said...

"Ada di kalangan islam menerima wanita sebagai imam". Betul ke ni????