Thursday, September 11, 2014

Akan berlaku lonjakan, PAS boleh menang



TEMERLOH: PAS Pahang akan menghantar 500 petugas yang berlatarbelakangkan pelbagai kepakaran bagi membantu gerak kerja pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor melalui empat kumpulan mulai hari ini. 

Pengarah Jabatan Pilihan Raya (JPN) PAS Pahang Hasenan Haron berkata, empat kumpulan tersebut akan bertugas secara bergilir di unit peti undi (UPU) Kampung Geting yang mempunyai lebih 3,000 pengundi. 

“Insya Allah, berdasarkan calon Parlimen PAS yang menang lebih 600 undi pada PRU lepas di Dewan Undangan Negeri (Dun) tersebut, maka kita yakin akan berlaku lonjakan dan PAS boleh menang,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabat Perhubungan petang semalam selepas PAS Pahang menyerahkan cek berjumlah RM100,000 kepada Yayasan Amal bagi sumbangan kemanusiaan Gaza, Palestin. 

Cek diserahkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Ustaz Yusof Embong kepada wakil Yayasan Amal, Nazri Ahmad.

Di UPU Geting, PAS Pahang ditugaskan bersama PAS Kawasan Kota Bharu dan Machang.
Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilantik sebagai Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil Dun Pengkalan Kubor.  - HARAKAHDAILY 11/9/2014

No comments: