Tuesday, September 9, 2014

DAP Akan Pertahan Kilang Carlsberg Dari Ditutup MB PAS


Menurut beberapa sumber yang layak dipercayai dari Ibupejabat Tropicana PKR, SUK Selangor dan beberapa lagi, besar kemungkinan ADUN PAS, Iskandar Abdul Samad akan mengangkat sumpah sebagai MB Selangor Jumaat nanti.

Sudahlah berita itu terlalu berat untuk diterima, tambah mengejutkan lagi bila difahamkan antara tindakan pertama Iskandar sebagai MB Selangor nanti ialah menutup kilang arak Carlsberg di Selangor!!!

Dia bukan nak lantik Exco dulu, tapi nak tutup Carlsberg pula.


Selepas itu Iskandar difahamkan akan menutup sebahagian dari Genting Highland yang terletak dalam sempadan Selangor kerana wujud aktiviti perjudian dan kemudiannya membatalkan projek gelanggang lumba kuda di Selangor yang sudah diluluskan pentadbiran Khalid Ibrahim dimana dia juga adalah salah seorang Exconya.

Ironinya, semua tindakan ini adalah janji-janji yang pernah dibuat PAS satu ketika dulu ketika Pakatan Rakyat masih belum wujud lagi dan pembangkang tidak bersatu seperti sekarang.

Tidak pasti sejauh mana semua berita ini benar, tapi kalau betul, percayalah DAP dan PKR akan bermati-matian mempertahankan semua kemudahan khusus untuk orang bukan Islam itu dari ditutup Iskandar Samad.

Kalau itu belum memadai, bulan November nanti, PKR dan DAP akan mengusulkan undi tidak percaya terhadap kepimpinan Iskandar sebagai Menteri Besar supaya diakhirnya Iskandar boleh dipecat dan Datuk Seri Wan Azizah Ismail akan mengambil alih.

Carlsberg, Genting dan Selangor Turf Club, jangan bimbang, kami akan mempertahankan kamu.


1 comment:

Anonymous said...

Nak tutup Genting? Lancow..... Boleh potong loncow sekali lagi kalau MB baharu ini mampu berbuat demikian. Bukan setakat DAP atau PKR yang memulakan serangan, malah UMNO (Tuan punya hak milik) akan bakar MB ini hidup-hidup. Nak cerita kat budak Tadika bolehlah ye......